Thursday, April 28, 2011

Bait kalam di atas kertas menajamkan minda yang kusut

Di kampus USIM sekarang mahasiswa/i USIM bergelut dengan peperiksaan akhir semester 2 sesi akademik 2010/2011,siang malam buku menjadi teman setia tatapan mata dan jamuan jiwa untuk dikunyah dan dihadam sebelum dilumat dalam kertas peperiksaan. Bagi yang mempunyai gap antara subjek yang panjang maka masing-masing merancang untuk ke sana ke mari bagi mengisi senggang masa dengan semanfaat mungkin.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 atau Kuala Lumpur International Book Fair 2011 (KLBIF'11) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 22 April-1 Mei akan datang pastinya mencuri tumpuan para pencinta objek segi empat tepat (buku).

Maklumat lanjut mengenai KLBIF'11 boleh diperolehi daripada URL berikut


Statistik Membaca

Masyarakat yang membaca ialah masyarakat yang terkehadapan dalam segala-galanya. Dr.Raghib al-Sirjani mengetengahkan satu statistik membaca dalam kalangan masyarakat Jepun, Eropah dan Arab seperti berikut :

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1996 mendapati rakyat Malaysia membaca 2 buah buku setahun. Pada tahun 2005, satu lagi kajian yang dijalankan terhadap 60,441 orang mendapati tiada perubahan pada tabiat membaca rakyat Malaysia. Kajian mendapati mereka masih membaca 2 buah buku setahun.

Jenis bahan bacaan yang dibaca pula adalah seperti berikut :
Surat khabar 77.4 %
Majalah 3 %
Buku 3 %
Komik 1.6 %

(Sumber: The Star, 16 Julai 2006)

Walaupun ada yang mempertikaikan statistik membaca di Malaysia, hakikatnya kita masih jauh ke belakang berbanding Jepun yang membudayakan iqra' di mana jua mereka berada.

Semoga dengan adanya KLIBF seumpama ini mampu merancakkan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Tuntasnya, motivasi pembudayaan ilmu berteraskan iqra' perlu disemai-suburkan dari semasa ke semasa.


"You are what are you read !"

"Read,you'll conquer the world"

"zikir dan fikir"






1 comment:

Durratul Akhyar said...

Siapa kita 5 tahun akan datang akan ditentukan oleh BUKU apa yang kita baca dan dengan SIAPA kita bergaul pada hari ini -Hukama'-