Saturday, July 4, 2009

Aku Rindu padamu !!! Ana uhibbukum Fillah !!

Buang tebiat ke ana letak tajuk ni?? Hu2..sebenarnya baru je sebentar tadi (baru masuk tarikh 4 Julai 2009 Sabtu jam 12.40 pagi ) ana menamatkan panggilan dengan sahabat seusrah di Sek.Men.Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, dia sekarang berada di Mesir (susahla nak sebut nama negeri dia) menggunakan kemudahan Yahoo Messenger yang boleh membuat panggilan percuma, maka ana bergayutla dengan dia, dekat 2 jam kot ! (Sori tuan rumah yang sudi memberi perkhidmatan wireless di rumah ni ).

Mendengar khabar di sana sekarang ialah musim panas dan jarak masa ialah Malaysia lebih lewat 5 jam berbanding Mesir serta pelbagai cerita berpandukan gambar-gambar yang diberi. Gambar sebenarnya banyak lagi dan semua cantik2, diceritakan satu persatu suasana dan sejarah monumen tempat tu cukup menimbulkan iri hari kerana berasa sahabat ana ini sungguh beruntung dapat berada di negara orang lain.

Fahim(Salah sebuah negeri di Mesir), Kamal, Faris, Ubaidillah( Semua di Kaherah Mesir), Amiruddin (Jordan) dan beberapa sahabat lagi kini berada di bumi yang penuh barakah bumi anbiya' sedang menggali ilmu-ilmu agama. Kami berada di dalam usrah yang sama semenjak tingkatan 1, menjalani pelbagai program, ditarbiyah dengan pelbagai keadaan cukup mengikat hati-hati kami dengan tali ukhuwah yang cukup erat. Mujurlah dengan kecanggihan teknologi maka kami terus dapat berhubung

Ana? Berada di bumi bertuah Malaysia..bumi Bandar Baru Nilai Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ana yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan hamba ini perlu yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik.I.allah ana akan belajar bersungguh2 di bumi Malaysia ini, kalau ada rezeki akan dapat juga untuk menjejakkan kaki untuk berada di bumi anbiya', kalau tidak dengan wasilah menuntut ilmu, pi melancong pun dah ok...bilala boleh nak pi mengembara yek??Teringin betulla...setakat area KL, N.Sembilan, Melaka dekat2 dengan sini sekejap ajer dah habis round...i.allah kalau ada rezeki masa hadapan..Amin!!!

Thursday, July 2, 2009

Datangmu Mengundang Seribu Pengharapan

Pada 26 Jun-29 Jun yang lepas, para pelajar baru Sarjana Muda sesi 2009/2010 mula mendaftarkan diri sebagai mahasiswa/i baru Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Maka tak terlambat ana mengucapkan selamat bergelar Mahasiswa/I baru USIM. Semoga antum/antunna berjaya mengharungi segala cabaran yang ada di USIM dengan penuh tabah & bersemangat!.



Menyebut mengenai semangat...ana kagum dengan para pelajar baru yang rata-ratanya datang daripada latarbelakang STAM daripada seluruh negara selain daripada matrikulasi & diploma. Rata-rata umur lebih tua daripada ana maka kematangan mereka lebih terzahir di muka masing-masing. Daripada segi penampilan nampak gaya mereka sudah matang. Mengenai semangat..ada yang ana terjumpa bertanyakan suasana di USIM

'' Kenapa senyap sangat ? Kenapa suasana dakwah tak macam di kampus....(Isi sendiri) ?''

Hu2..sukar nak menjawab soalan ini, maka ana panjang lebarlah realiti di USIM. Ana faham akhi sorang ni mempunyai semangat yang membuak2 untuk membuat kerja dakwah. Maka ana merujukla kepada yang lebih senior, i.allah ada saluran untuk dicurahkan tenaga. Ana cukup gembira apabila lebih ramai golongan sebegini yang datang ke USIM bersedia untuk membuat kerja2 dakwah di waktu ramai yang mengeluh dimana hendak mencari amilin untuk dakwah Islam ?

Kepada rakan2 sekalian, amal Islam terletak di pundak bahu kita, tidak kira saluran mana kita mencurahkan tenaga pastikan hadaf/matlamat kita ialah untuk membawa sirna Islam terutama di bumi USIM. Kepada rakan2 baru, libatkanlah diri antum di dalam aktiviti2 Kolej Kediaman, badan2 pelajar & sebagainya sebagai wasilah dakwah kepada orang lain.

'' Tahu membawa semangat ''Bersemangat'' bererti tahu meletupkan bom nuklear di tempat yang sesuai ''