Thursday, September 18, 2008

Fasa 2 Ramadhan

Seinfiniti kesyukuran kepada Ilahi memberi sedikit masa untuk mencoret dalam blog ini. Sedar tak sedar hari ni dah 18 Ramadhan, dah masuk fasa ke 2 bulan puasa. Hadis yang selalu kita dengar :

''Awal Ramadhan Rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) & akhirnya pelepasan daripada api neraka.''

Tinggal seminggu lagi sebelum kita melabuhkan tirai Ramadhan & menjelangnya aidilfitri, kehidupan di USIM kini rancak dengan majlis berbuka puasa & pelbagai aktiviti ihya' ramadhan, bagi lecturer di sini, mereka lebih berminat untuk menghabiskan silibus & pelbagai assessment yang akan diambil markah untuk mid-sem.

Gambar selingan :


Sape pulak ni? Sebenarnya ana sempat untuk menghadiri pelancaran Myline (system for English Learning) di UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur, maka selepas keluar dari Dewan Perasmian tu nampakla Sir ni tengah bawak motor ni. Maka timbullah perasaan kagum kerana motor ni hasil rekacipta diorang, motor ni guna tenaga solar.

Kepada kawan-kawan, ahli keluarga & sesape yang mengenali diri ini, ana nak mengucapkan selamat berpuasa & sebelum menjelang raya ni pakat-pakatla kita memperbanyak amal soleh dalam pesta ibadah ni. SELAMAT BERPUASA.





No comments: