Monday, September 29, 2008

Semangat Fasa Akhir Ramadhan..awal syawal


Catatan Perjalanan Pulang
Alhamdulillah, ana selamat pulang ke rumah setelah bertolak daripada USIM menaiki chartered bas Dataran Pintar (Bas Kolej Mahsa rupenye hu3), bersama-sama anak perantau Terengganu lain di USIM. Tidak menghadapi sebarang masalah konvoi 2 buah bas anak Terengganu USIM. Hari pulang sepatutnya sabtu tapi ana pulang ke rumah pada hari ahad kerana menghadiri satu program Ihya' Ramadan bersama perantau Terengganu yang lain di Marang jadi sempatla merasai beberapa hari berbuka puasa bersama keluarga di rumah sebelum raya.

Apa ke halnya bandaraya Terengganu?Ana sememangnya menanti hari-hari pulang ke Terengganu setelah hampir 3 bulan berada di Nilai. Pagi tadi sampai petang ni ada adala peluang untuk ke bandar Kuala Terengganu untuk bantu ayah ana menyelesaikan urusan beli lampu warna-warni & bayaran insurans Etiqa anaknya. Fuh, memang orang Terengganu ni berkobar-kobar nak raya! Jam jalan raya dalam segi tiaga emas (Mydin, Giant & Terengganu Trade Centre (TTC)) Confirm sape-sape naik kereta, bas, lori selain daripada motor & basikal nak ke pusat bandar akan mengambil masa yang lama sebelum sampai. Nasibla, memang semua nak raya...

Di Bandar criternya menarik
Menjengah sebentar ke Terminal MBKT..sebenarnya takde perancangan pun, saje nak gi tengok suasana kat stesen bas, ramainya manusia toksah criterla! An a sempat ke kaunter Syarikat Bas Adik beradik & Transnasional untuk meminta nombor pejabat mereka agar anak Terengganu USIM selepas ini dapat balim bercuti menaiki bas dari negeri sendiri (Lagi selesa).

Pastu, ana naikla ke atas Terminal MBKT, sini memang berlambak kedai yang jual baju raya. Ana memangla dah beli baju raya awal lagi kat Nilai jadi niat di hari cuma nak cari kopiahla. Cari punya cari (tawaf banyak kali) barula terjumpa satu lot kedai tu. Memang mengejutkan! Rupa-rupanaya itu kedai kepunyaan seorang sahabiah ana di USIM! Mula-mula ana nampakla macam dia tapi tak berani nak tegur coz takut salah orang. Last2 sekali kami nampak sesama sendiri..Memang tidak syak lagi! Fuh, tak sangka sahabiah ana ni tokey kedai pakaian rupe-rupenye (Kalu tahu awal-awal ana beli kat Tereangganu je) Elokla ana panggil dia Kak Da je (dia tua setahun daripada ana & memang dia assistant ana dalam chartered bas USIM). Ana memang amat kagum dengan dia, yela menjalankan perniagaan start daripada pagi sampaila ke tengah malam, algi dahsyat dia kata dia berniaga sampai ke hari raya!Dah bertahun-tahun dia cakap memang hari raya di sambutraya di Terminal bas ni..(ish2 sedih2) Memangla, family dia ni memg bergantung punca pendapatan daripada jualan pakaian tu sahaja. Memang ana agak ramainya pelanggan ketika musim perayaan sahaja. Ana memang respect K. Da coz dia mampu sembunyikan kesukaran dalam hidup dia tu dibalik wajah dia yang sokmo ceria! Syabas k.da & adik-adiknya yang ada sama tadi.

Malam akhir Tarawih
Kalo tak silap malam ni malam akhir tarawih, alhamdulillah dah hampir kita penghujung ramadan. Ana berdoa kepada Allah agar ruh ramadan yang ana cuba absorb dalam diri ni berkekalan hingga ke luar bulan Ramadan.

Ucapan Hari Raya
Ana nak mengucapkan selamat Hari Raya kepada :
- Family ( Abah, Ma, K.Long & Family, K. Ngah, A.apiz, & Jojet)
- Sanak saudara yang ana tak dapat sebut di sini coz terlalu ramai.
- Sahabat sahabiah di Sek. Keb. Gelugor, SMAASZA Batu Buruk, Tamhidi & Aktuari.
- Yang istimewa ?? Takde..status single lagi (hu3) sapa2 nak apply bolehla (joke)

SALAM AIDILFITRI 1429 h

Thursday, September 18, 2008

Fasa 2 Ramadhan

Seinfiniti kesyukuran kepada Ilahi memberi sedikit masa untuk mencoret dalam blog ini. Sedar tak sedar hari ni dah 18 Ramadhan, dah masuk fasa ke 2 bulan puasa. Hadis yang selalu kita dengar :

''Awal Ramadhan Rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) & akhirnya pelepasan daripada api neraka.''

Tinggal seminggu lagi sebelum kita melabuhkan tirai Ramadhan & menjelangnya aidilfitri, kehidupan di USIM kini rancak dengan majlis berbuka puasa & pelbagai aktiviti ihya' ramadhan, bagi lecturer di sini, mereka lebih berminat untuk menghabiskan silibus & pelbagai assessment yang akan diambil markah untuk mid-sem.

Gambar selingan :


Sape pulak ni? Sebenarnya ana sempat untuk menghadiri pelancaran Myline (system for English Learning) di UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur, maka selepas keluar dari Dewan Perasmian tu nampakla Sir ni tengah bawak motor ni. Maka timbullah perasaan kagum kerana motor ni hasil rekacipta diorang, motor ni guna tenaga solar.

Kepada kawan-kawan, ahli keluarga & sesape yang mengenali diri ini, ana nak mengucapkan selamat berpuasa & sebelum menjelang raya ni pakat-pakatla kita memperbanyak amal soleh dalam pesta ibadah ni. SELAMAT BERPUASA.





Thursday, September 4, 2008

Ramadhan Karim 1429 H

Ramadhan Karim ! Allahu Akram ! Kullu A'amim wa antum bikhoir....Syukur kepada Allah Taala kerana kita diberi peluang lagi untuk memasuki Jamiah Ramadhan (ist biasa MadrasahRamadhan)...Hmm..banyak komen-komen di shoutbox menegur supaya di post cerita baru. Syukran kepada duyuf karim yang sentiasa setia untuk membaca artikel baru di blog ini.

Ana sekarang akan ber'perang' dengan beberapa kertas mid-exam. Ketika artikel ini sedang ditulis ana berada dalam bilik gerakan Bulan Sabit Merah USIM menunggu masuknya waktu berbuka. Oleh kerana kuliyah pada waktu malam akan berjalan seperti biasa maka ana mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Sutera Indah. Kalau kelas habis pukul 9 maka sempatlah ke Masjid Nilai untuk solat tarawikh. Tidak setiap malam ada kelas, namun bagi pelajar kelas ana, kami hanya free pada selasa malam, jumaat malam & hujung minggu. Maka malam-malam itulah ana sempat berbuka puasa bersama teman sebilik & bersolat tarawikh di Masjid.

Alhamdulillah, dalam bulan puasa ni, kuranglah sedikit aktiviti berat (kokurikulum, berjalan-jalan tak tentu pasal), banyak masa dihabiskan dengan duduk diam menelaah pelajaran. Sebelum puasa memang tak pernah duduk diam, pantang hujung minggu je tak payah kita nak plan aktiviti, ada sahaja sahabat meng'offerkan' program untuk dilaksana. Program Orientasi BSM di Dusun Eco, program Dakwah Tatbiqi (Sek. Rendah Islam Al-Amin, Subang Jaya) & dll menjadikan kehidupan mahasiswa di USIM amat bermakna & penuh dengan kemahiran insaniah yang dapat dipelajari.

Ok, setakat tu je dapat ana tulis, sekarang jam 7.14pm ketika ayat ni ditulis...selamat berbuka puasa kepada family di Terengganu & sahabat sahabiah yang jauh dimata tapi dekat di hati. Nantikan kepulangan anak perantau pada 27 September 2008.

SALAM RAMADHAN KARIM!!!!!