Small Medium Enterprise (SME) atau Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) merupakan komuniti perniagaan yang melata di Malaysia selain daripada bekerja makan gaji di badan kerajaan.
Definisi daripada laman sesawang http://www.smecorp.gov.my/v4/node/302?language=ms (akses pada 5 Februari 2013) ialah
Definisi PKS
| | Enterpris Mikro | | Enterpris Kecil | |
|
Perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani | | Nilai jualan tahunan kurang daripada RM250,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja | | Nilai jualan tahunan antara RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 50 orang pekerja |
|
|
Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) | | Nilai jualan tahunan kurang daripada RM200,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja | | Nilai jualan tahunan antara RM200,000 dan kurang daripada RM1 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 19 orang pekerja | |
|
Enterpris Sederhana
Nilai jualan tahunan antara RM10 juta dan RM25 juta atau pekerja sepenuh masa antara 51 dan 150 orang pekerja
Nilai jualan tahunan antara RM1 juta dan RM5 juta atau pekerja sepenuh masa antara 20 dan 50 orang pekerja |
|
Kategori PKS
Perkilangan perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani
"Enterpris kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta."
Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
"Enterpris kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan, pertanian asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta."