Friday, April 2, 2010

Impak Maksima 24 hours

Alhamdulilah, sudah lama aku tidak menulis di dalam teratak internet ini. Bukan niat untuk 'bersara' daripada dunia penulisan blog tetapi kekangan masa yang membelenggui diri. Mungkin blog ni jadi lebih mudah kalo miripnya seperti facebook, kita boleh lontarkan idea di dalam sekelip mata melalui posting kepada wall, tetapi inilah hakikatnya, blog perlu ditekuni selalu untuk memastikan kekemasan idea dapat disampaikan kepada pembaca blog. Berikut beberapa peristiwa menarik yang boleh dikongsi bersama.

Artikel aku masuk akhbar !
Inilah pertama kali aku menghantar artikel ke syarikat percetakan (Berita Harian). Terima kasih ats dorongan daripada Us.Hariri. Aku hantar sekadar memenuhi masa lapang, artikel itu bertajuk "Iltizam pendakwah muda" yang disiarkan di dalam ruangan Nostalgia sisipan akhbar Varsiti Berita Harian beberapa minggu lepas. Artikel ini merupakan coretan pengalaman aku pergi berdakwah bersama-sama rakan-rakan di perkampungan orang Asli.

Aku kembali ke arena nasyid?
Yang ni baru lagi sebenarnya, dulu masa sekolah menengah sekadar suka-suka menyertai kumpulan nasyid sekolah untuk Ihtifal Ilmi Sanawi peringkat sekolah-sekolah agama negeri Terengganu, Tak sangka pulak bila ada kat bumi USIM ni tiba-tiba diundang untuk bergabung suara dengan beberapa rakan2 yg lain membentuk kumpulan nasyid underground (ha2) menyampaikan nasyid di Malam Perdana Siswi (MPS) Kolej Kediaman Cameli Court akan datang. Majlis ni pada 4 April. Sekarang tengah membuat persiapan. I.allah akan datang aku cuba upload gambar2 ketika show tu.

Exam Final dah dekat.
Tidak lama lagi mahasiswa/i USIM akan menghadapi peperiksaan akhir semester 2 sesi 2009/2010. Beberapa minggu ni memang sangat2 sibuk & pening2 lalat untuk menyiapkan assignment & menghantar tugasan di saat-saat akhir. Aku ingin mengucapkan Ma'a Taufik Wa Najah (Semoga Berjaya Dengan Cemerlang di dalam Exam) kepada semua rakan-rakan mahasiswa/i seantero dunia. Ingat exam dunia, ingat juga exam akhirat.

Sekian sahaja, i.allah aku cuba beristiqamah untuk menulis di dalam blog ni, blog ni kekadang bincang isu ilmiah, kekadang bincang perkara peribadi, jadi diaharapkan para pembaca blog ini tidak jemu untuk memberi sokongan & memberi komen untuk aku meningkatkan mutu penulisan aku ini lebih baik pada masa akan datang.