Thursday, August 26, 2010

Jamiah Ramadan : Fasa Maghfirah

Bersyukur kepada Allah yang Maha Perkasa menguatkan diri ini di hening pagi selepas membaca ayat-ayat cinta-Mu untuk menitipkan jari jemari ini ke atas papan kekunci yang kian berdebu dengan pemikiran yang mandom dengan idea. Terasa ingin meluncurkan idea yang kian gersang ini di dalam posting terbaru blog kesayangan mengenai ibrah di sebalik peristiwa semasa.

Fasa ke-2 Ramadan : Transisi Rahmat---Maghfirah---Jauh dari api neraka.

Menjadi kebiasaan apabila tibanya Ramadan, fenomena pesta ibadah akan dilaung-laungkan. Aku besyukur kepada Allah kerana tahun ini adalah tahun pertama aku tinggal di rumah sewa bersama-sama sahabat-sahabat 'tentera Allah.' Rumah yang penuh dengan percaturan tarbiyah & disiplin ilmu yang matang. Berada dalam penghidupan "Islam is the way of life" menjengahkan aku kepada pemikiran yang 'tetap' dalam perjuangan Islam. Pelbagai mehnah & tribulasi (cubaan fizikal,idea,emosional di kampus & kampung) dikongsi bersama-sama sahabat yang tidak jemu berkongsi idea & menjadi pendengar yang setia. Tambahan pula, suasana petempatan sekeliling;kehidupan bermasyarakat; menjengahkan aku kepada kehidupan sebenar apabila 'dicampak' di dalam dunia masyarakat setelah bergraduasi.

Kepimpinan Bersumberkan Wahyu

Menjadi kebiasaan di dalam sesebuah organisasi apabila sampai hujung tahun maka akan sibuklah proses 'mengaudit' semula & proses 'mcari & membina' pelapis kepimpinan baru.' Contoh kepimpinan yang terbaik ialah daripada junjungan Rasulullah s.a.w. Model terbaik untuk kepimpinan keluarga, syarikat korporat malahan pimpinan negara. Sebelum ini aku ada membuat posting mengenai artikel "Mahasiswa tidak profesional," Dalam proses aku membina legasi kepimpinan selepas aku, cabaran 'tidak profesional' memunculkan diri. Proses membina orang lain aku mengambil falsafah Al-Fadhil Ustaz Hasrizal Md.Jamil; Erti Hidup Untuk Memberi...Aku hanya tinggal kurang 2 tahun untuk menamatkan pengajian di bumi USIM. Sahabat-sahabatku selalu berkata,"Syeikh, nta kena 'replicate' orang macam nta (pemikiran) berjiwa besar banyak-banyak." Ya! Bukan senang nak 'mewariskan idea berjiwa besar' tanpa ada perancangan strategik untuk membina sahabat-sahabat disekeliling.

Last words..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1431 H
KEPADA KELUARGA TERSAYANG DI KAMPUNG GELIGOR KEDAI (MA,ABAH,K.NGAH,JOJET),SANAK SAUDARA, SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN DI BUMI USIM & SEANGKATAN DI SELURUH ANTERO DUNIA. TERUSKAN MENGGAPAI PIALA TAKWA'SEHINGGA 'WISEL PENAMAT RAMADAN' DIBUNYIKAN OLEH PENGADIL.
'