Saturday, December 26, 2009

Bertengkar dengan Hawa Nafsu Sendiri



Memetik penulisan daripada buku karangan Al-Syahid Sayyid Qutb Abu’l A’la Al-Maududi di dalam buku karangannya “MANHAJ HIDUP MUSLIM,” mengenai kepentingan pengetahuan ;

“Saudara-saudara!, Pada pengetahuan inilah, yang sekarang sedang saya jelaskan pentingnya, tergantung dapat tidaknya anda & anak-anak anda menjadi orang-orang Muslim & hidup sebagai orang-orang Muslim untuk seterusnya.Ini bukanlah hal yang remeh yang boleh anda abaikan. Anda selalu bersikap penuh perhatian dalam mengerjakan sawah lading anda, mengairi & melindungi tanaman-tanaman anda, member makan ternak anda & mengerjakanpekerjaan-pekerjaan yang menyangkut mata-pencarian anda yang lain. Kerana, bila anda tidak bekerja dengan penuh perhatian, anda pasti akan kelaparan dan kehilangan sesuatu yang sangat berharga bagi anda, yakni nyawa anda.

"Maka, kenapa anda tidak bersikap serius & bersungguh-sungguh dalam mencari pengetahuan yang pada pengetahuan inilah tergantung dapat tidaknya anda disebut seorang Muslim & hidup seterusnya sebagai seorang muslim. Bukankah bila anda tidak serius dan bersungguh-sungguh, anda boleh diancam bahaya kehilangan sesuatu yang sangat berharga, yakni iman? Bukankah iman lebih berharga daripada hidup? Dari sekian banyak waktu yang anda habiskan untuk bekerja demi hidup anda, tidak dapatkah anda menyisihkan sepersepuluh daripadanya untuk hal-hal yang dapat melindungi iman anda?”

“Saya tidak mengatakan bahawa setiap orang dari anda semua harus menjadi seorang ‘ulama, membaca kitab-kitab yang tebal & menghabiskan waktu sepuluh atau belasan tahun untuk usaha tersebut. Anda tidak perlu membaca kitab yang tebal-tebal untuk menjadi seorang Muslim. Saya hanya menghendaki bahawa setiap orang dari abda menyediakan waktu satu jam saja dari 24 jam yang anda miliki dalam sehari semalam untuk mmpelajari pengetahuan tentang AL-DIN. Itulah waktu paling sedikit yang harus disediakan oleh setiap orang Muslim, baik pemuda, orang dewasa maupun yang sudah lanjut usia.”

PANDANG SISI BLOGGER

Apabila kita menyebut istilah mahasiswa, budaya intelekual sepatutnya begitu sinonim dengan mereka. Mengkaji, mentafsir, member komentar sepatutnya mendarah daging dalam diri insane berhelar mahasiswa. Sekarang semua mahasiswa sudah bermula dengan semester baru, keputusan semester lepas sudah diterima, mendepani semester baru dengan subjek-subjek yang lebih mencabar sepatutnya menjadi ‘keseronokan,’ kerana selain daripada ia satu tanggungjawab, ini ialah peranan kita sebagai jurubicara ummah untuk mencari ‘mutiara-mutiara ilmu’membangunkan masyarakat yang sudah sekian lama diselimuti budaya hedonism dan mistik yang melampau-melampau.

Para pendakwah muda berperanan dalam ‘mengharnonikan dan membersihkan’ pemikiran masyarakat melalui wasilah-wasilah da’wah yang terbentang luas sekarang. Medium penulisan, media baru seperti blog, facebook, myspace, twitter menjadi ‘senjata’ yang paling ampuh untuk mengubah pemikiran masyarakat dasawarsa ini. Fobia terhadap menulis, memberi komentar, dan mengeluarkan hujah-hujah berpandukan wahyu ilahi perlu dikikis kerana itu semua MUSUH KITA. Melakukan muwajahah silmiyyah (berhadapan dengan baik) dengan NAFSU DIRI boleh diumpamakan meletakkan kepala di dalam mulut haiwan buas.

Maka, tidak dapat tidak “perang” perlu diisyhtiharkan terhadapa Syaitan Laktanullah dan kuncu-kuncunya supaya kita tidak diperkudakan mereka. Pemerkasaan di dalam pengetahuan menjadikan kita hampir kepada Allah dan menjadi orang yang bertaqwa. Allah menyebut di dalam kitab-Nya di dalam surah Al-Hujurat : Ayat 13.

“..Sesungguhnya orang yang paling mulia antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..”

Saturday, December 5, 2009

TIPS MUDAH PRAKTIS DA’WAH DI KAMPUS


I.allah pada posting kali ini ana nak berkongsi dgn para pengunjung blog ini dgn bbrp tips menarik bagaiman senangnya nak jalankan kerja yg kita warisi drpd para Nabi ni. Of course ruang lingkup posting kali ini boleh diguna bukan sahaja di kampus, tp juga di sekolah, pejabat dan etc.

DALAM & LUAR KAMPUS
Senyum & sebarkan salam antara kita, pensyarah, staff, cleaner, jurujual etc.
(Salam sbg penambat hati, mudah nak berkenal2an dgn mad’u).

DALAM KULIYAH / KELAS
1. Buat slot tazkirah berkala, tengok mana2 masa kosong, (at least sekali dlm seminggu) kita ke hadapan, perdengarkan sedikit sbyk peringatan sesame kita
2. Copy mana2 artikel berunsur da’wah dlm internet (boleh juga berkala iatu ikut hari2 kebesaran Islam) pastekan, design sket2 jd menarik (simple pun boleh), phototastkan dlm bentuk mini magazine, & bahagi2kan kpd kenkwan & pensyarah.
3. Pasang video2 Islamik sblm lecturer masuk (selingan)
4. Lantik ketua / wakil utk baca doa sebelum start kuliyah.


DALAM MESYUARAT / DISKUSI ILMU
1. Lantik mana2 ahli mesyuarat utk bagi tazkirah /pengisian rohani yg ringkas (5 minit pun cukup) sebelum start mesyuarat.
2. Terangkan adab2 dlm bermesyuarat etc.


KOLEJ KEDIAMAN / ASRAMA
1. Pasang ceramah agama / bacaan alquran kuat2 (hu3)
2. Gunakan mikrofon di kolej kediaman (dgn kbnr ajk asrama) utk buat pengumuman
galakkan para penghuni turun solat berjemaah /mengetuai bacaan doa tidur jam 11pm.
3. Ziarah rumah ke rumah sbg tanda silaturrahim
4. Buat liqo’ utk bacaan almulk (sblm tidur)
5. Buat jer tazkirah kat surau tu, bukan ad org marah pun.
6. Hidupkan suasana “mengizzahkan” Islam dgn pemakaian serban, jubah (bagi lelaki..ala, kat kampus tak boleh, so kita bolehla pakai kat kolej kediaman.




PENGHUNI RUMAH SEWA?
1. Pergila surau2 rukun tetangga yg berdekatan. Tunjukkan sikit kita ni mahasiwa Islam
kpd m’kat.
2. Hidupkan solat berjemaah di dlm rumah sewa tu.
3. Buat liqo’ baca almulk, baca matsurat etc.

Ini la sedikit sebanyak petua & pengalaman semasa sekolah menengah,tamhidi dll yg an harap boleh kita amalkan sbg bukti cinta kita kpd Islam & tanda kita suka kpd biah solehah dlm mbentuk individu muslim, & masyarakat muslim di kampus kita.

Bisikan nurani...
Rindu suasana biah Islam di sekolah menengah dulu? Aku dah berubah @ persekitaran berubah ??