Saturday, October 11, 2008

Mahasiswa Perintis Perubahan

(gambar untuk hiasan sahaja)

Zaman muda hanya sekali, alam kampus & kemahasiswaan tidak akan datang kali ke-2. Memetik kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, uniknya entiti ''rijal''(pemuda) berbanding golongan ''tua,'' :

1. Pemuda ada keikhlasan & kemurniaan orientasi perjuangan tanpa terikat dengan mana-mana
kepentingan.
2. Pemuda ada sikap memberi yang hampir seluruh perubahan di dunia dibuat oleh pemuda.
3. Pemuda ada tenaga fizikal yang kuat sehingga betapa banyak tugas-tugas besar yang tidak
dapay dipikul oleh orang tua dibuat pemuda.
4. Pemuda ada kekuatan intelektual, rasa ingin tahu yang tinggi, rasional & fast learner.

Hanya mereka yang muda & berani sahaja yang tidak takut untuk 'mencipta' kesalahan sebagai pengalaman paling bermakna apabila pemuda (syabab) jadi orang tua (syuyukh). Kalau takut bermain dengan perihal, baik jadi orang muda yang 'dituakan' lebih awal.


Thursday, October 9, 2008

Melahirkan pimpinan yang berjiwa besar


Pemimpin berjiwa besar dikalangan mahasiswa dilahirkan di medan masyarakat (berhempas pulas dalam kesusahan). Mereka mempunyai pemikiran 10 langkah di hadapan yakni mampu melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi masa selama 30 minit menjadi 15 minit. Mereka ialah golongan yang berani menghadapi cabaran (masalah), tidak takut (lari) daripada masalah bahkan realiti yang ingin dilahirkan ialah mereka merempuh (face the problems) & menyelesaikannya. Pemimpin berjiwa besar juga ialah mereka yang bersedia menghadapi risiko yang besar, bersedia menongkah arus (melakukan pemikiran lain daripada yang lain). Orang yang hebat ialah : Jika mereka tidak pimpinan, ia mampu bertindak sebagai pimpinan. Jika ia pimpinan ia akan merakyat. Tangkas pergerakan : terus bertindak apabila di beri arahan malahan mempunyai pemikiran yang luar biasa ( tidak berfikir secara biasa-biasa).

Monday, October 6, 2008

Suasana after Raya...still meriah tapi..


Kalo dihitung hari ni dah masuk hari ke 6 kita beraya, rumah ana ni kelmarin dikunjungi sahabat - Hazimin & Ashraf - kebetulan Hazimin pun datang nak bincang program kitaorg raya ke 8 ni. Kepada kenkawan yang belum menjejak kaki ke teratak bonda ana di Kg. Gelugor ni jemput-jemputla, rumah ni sentiasa terbuka untuk menerima tetamu sempena syawal yang mulia ini.

Sakit sebagai kaffarah dosa
Kelmarin ana dikejarkan ke unit ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah, bukan apa sakit lepas raya ni kebiasaannya berpunca daripada perut yang terkejut menerima diversity makanan, maka semalam perut ni buatla hal, sakitnya Ya Allah macam nak tercabut nyawa! Tapi selepas dibagi injection barula lega sikit & ana dibenarkan pulangla, nasib tak kena tahan di hospital. Tapi subuh tadi pun berapa kali terjaga coz kesan sakit tu adala, takpela kalo kita sakit bermakna Allah nak kita sentiasa mengingati-Nya, sebagai tanda kasih Allah kepada kita & kaffarah dosa yang telah kita buat.

Program 8 syawal
Kalau mengikut tentatif, 8 syawal ni students Fakulti Kepimpinan Pengurusan (FKP) USIM nak buat program Dakwah Tatbiqi kat asrama PERKAYA di Setiu Terengganu, ana & Hazimin dijemput untuk mengendalikan slot motivasi kepada penghuni di situ namun apa yang ana bimbangkan kesihatan yang tidak menentu sekarang menyukarkan pergerakan ana & mungkin ana terpaksa berehat sahaja di rumah. Terpaksala berhubung dahulu dengan pihak di sana, mintak ganti dengan orang lain.

Apa program di rumah ni?
Sebagaimana yang kita maklum, mahasiswa/i akan menghadapi Final Exam selepas cuti berhari raya ni, jadual pun dah keluar maka ana merancangla beberapa strategi untuk meningkatkan prestasi akademik memandangkan prestasi semasa Mid-Sem kurang memberangsangkan. Selepas balik berhari raya ni banyakla jugak aktiviti sampingan seperti program Teambuilding (17-19 Okt), jamuan raya, rehlah, seminar, dll yang terpaksa diikuti disamping persediaan untuk Final Exam.

KEPADA KENKAWAN YANG DAH START MEMASUKI UNIVERSITI BLAJA ELOK2 & BERSEDIALAH ANDA UNTUK FINAL EXAM YANG AKAN DATANG.

Sunday, October 5, 2008

SALAM EID MUBARAK

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Muslimin & Muslimat di seantero dunia.