Saturday, December 20, 2008
Thursday, December 18, 2008
Thursday, December 11, 2008
Sedikit coretan sebelum lembaran semester 2 dibuka
Bagi memenuhi masa cuti semester di Terengganu yang hanya tinggal kurang daripada 48 jam ni ana terasa nak mencoret sesuatu setelah melihat beberapa komen di shoutbox & pertemuan dengan sahabat yang ber’’tanya khabar’’ akan blog ana yang sekian lama tidak ada artikel baru. Penjelasana daripada ana? Mudah jer..ketandusan idea (boleh terima ker? Sebenarnya perasaan ‘’al-kasal’’ yang membelenggui.hu3.
Baiklah..hari ni 11hb Disember, esok 12hb Disember malam ana akan kembali menaiki bas Sani Ekspress pulang ke USIM, pulang awal daripada tarikh berakhir percutian iaitu 21hb kerana memenuhi permintaan sahabat lain untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh kolej kediaman & university tercinta.
Sedikit coretan di rumah ini..semalam ana mencuba-cuba untuk membina laman baru di wordpress, (tintapedeta.wordpress.com), tapi masih belum diisi sekadar baru membina ‘’tiang rumah.’’ I.allah setelah berdiri kukuhnya rumah baru itu, blog ini akan diupgrade ke laman wordpress (nak cuba istiqamah dengan blog ni dulu ). Di Terengganu, cuaca memang berlainan daripada di Nilai ( panas terik versus hujan lebat sampai tak nampak matahari ). Begitulah..pantai timur apabila bulan Disember menjelma maka musim bah pun sampai. Tapi Alhamdulillah di Kg. Gelugor ni tidak ada yang terpaksa ke pusat pemindahan, di sini memang kawasan jauh daripada kenaikan air.
I.allah 22hb Disember pelajar USIM akan melalui semester baru, kepada sahabat sahabiah semua pasangkan azam baru di semester depan untuk terus menungguli kecemerlangan akademik & sahsiah diri. Nantikan keputusan semester 1, buat post mortem & teruskan kerja keras kita !
P/S : Takziah kepada keluarga Allahyarham Shukri pelajar tahun 1 FPQS yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Taman Semarak Nilai Negeri Sembilan baru-baru ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
Friday, November 14, 2008
Book smart @ street smart ?

Book smart atau Street Smart ialah sebuah buku karangan Dr. Robert Stenberg, seorang pensyarah di Yale University, seorang pensyarah yang mengemukakn idea mengenai ''practical intelligence.''
(Ana terus mengemukakan di dalam bahasa inggeris agar ulasan yang ana bagi tidak terpesong daripada apa yang ingin disampaikan )
In our real life, the measured achievements are not academic only for nowadays but they are :
1. Analytic - ability to solve problems & judge ideas.
2. Creative - Think in new ways & be willing to take risks.
3. Practical - Ability to use new ideas & put them in place.
Advantage :
Creative & practical, both of them are much better predictors of real world achievements.
Why ?
We use them as in finding ways to work around obstacles, things that blocked their way.
Practical : How ?
1. Learn by yourself.
2. Through observing how successful people get things done.
3. People can learn to recognize their own areas of strength & build them.
note :
ana tengah belajar dari kenkawan pasal pengurusan organisasi (ambik dari pengurusan ekonomi - six sigma, BSC, Blue Ocean, dll ) So kenkawan @ guest yg ada maklumat pasal tu bolehla bg cadangan kat shoutbox.
Exam tinggal satu paper lagi...19 November 2008 ( Introduction to science computer )
After that :.....
22 - 30 November : Arabic & English Language Supporting Programes di USIM
1 - 4 Dis : Perkhemahan Operasi Bencana & Menyelamat di Lembah Pangsun, Hulu Langat
4-6 Dis : Perkhemahan Remaja Islam (Peka 08 ) di Pantai Rekreasi Merang Setiu
13 - 17 Dis : Program Teambuilding & Leadership kolej sutera Indah USIM
22 Dis : Mula semester 2 USIM
Saturday, October 11, 2008
Mahasiswa Perintis Perubahan
(gambar untuk hiasan sahaja)1. Pemuda ada keikhlasan & kemurniaan orientasi perjuangan tanpa terikat dengan mana-mana
kepentingan.
2. Pemuda ada sikap memberi yang hampir seluruh perubahan di dunia dibuat oleh pemuda.
3. Pemuda ada tenaga fizikal yang kuat sehingga betapa banyak tugas-tugas besar yang tidak
dapay dipikul oleh orang tua dibuat pemuda.
4. Pemuda ada kekuatan intelektual, rasa ingin tahu yang tinggi, rasional & fast learner.
Thursday, October 9, 2008
Melahirkan pimpinan yang berjiwa besar

Monday, October 6, 2008
Suasana after Raya...still meriah tapi..

Kalo dihitung hari ni dah masuk hari ke 6 kita beraya, rumah ana ni kelmarin dikunjungi sahabat - Hazimin & Ashraf - kebetulan Hazimin pun datang nak bincang program kitaorg raya ke 8 ni. Kepada kenkawan yang belum menjejak kaki ke teratak bonda ana di Kg. Gelugor ni jemput-jemputla, rumah ni sentiasa terbuka untuk menerima tetamu sempena syawal yang mulia ini.
Sakit sebagai kaffarah dosa
Kelmarin ana dikejarkan ke unit ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah, bukan apa sakit lepas raya ni kebiasaannya berpunca daripada perut yang terkejut menerima diversity makanan, maka semalam perut ni buatla hal, sakitnya Ya Allah macam nak tercabut nyawa! Tapi selepas dibagi injection barula lega sikit & ana dibenarkan pulangla, nasib tak kena tahan di hospital. Tapi subuh tadi pun berapa kali terjaga coz kesan sakit tu adala, takpela kalo kita sakit bermakna Allah nak kita sentiasa mengingati-Nya, sebagai tanda kasih Allah kepada kita & kaffarah dosa yang telah kita buat.
Program 8 syawal
Kalau mengikut tentatif, 8 syawal ni students Fakulti Kepimpinan Pengurusan (FKP) USIM nak buat program Dakwah Tatbiqi kat asrama PERKAYA di Setiu Terengganu, ana & Hazimin dijemput untuk mengendalikan slot motivasi kepada penghuni di situ namun apa yang ana bimbangkan kesihatan yang tidak menentu sekarang menyukarkan pergerakan ana & mungkin ana terpaksa berehat sahaja di rumah. Terpaksala berhubung dahulu dengan pihak di sana, mintak ganti dengan orang lain.
Apa program di rumah ni?
Sebagaimana yang kita maklum, mahasiswa/i akan menghadapi Final Exam selepas cuti berhari raya ni, jadual pun dah keluar maka ana merancangla beberapa strategi untuk meningkatkan prestasi akademik memandangkan prestasi semasa Mid-Sem kurang memberangsangkan. Selepas balik berhari raya ni banyakla jugak aktiviti sampingan seperti program Teambuilding (17-19 Okt), jamuan raya, rehlah, seminar, dll yang terpaksa diikuti disamping persediaan untuk Final Exam.