Monday, October 6, 2008

Suasana after Raya...still meriah tapi..


Kalo dihitung hari ni dah masuk hari ke 6 kita beraya, rumah ana ni kelmarin dikunjungi sahabat - Hazimin & Ashraf - kebetulan Hazimin pun datang nak bincang program kitaorg raya ke 8 ni. Kepada kenkawan yang belum menjejak kaki ke teratak bonda ana di Kg. Gelugor ni jemput-jemputla, rumah ni sentiasa terbuka untuk menerima tetamu sempena syawal yang mulia ini.

Sakit sebagai kaffarah dosa
Kelmarin ana dikejarkan ke unit ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah, bukan apa sakit lepas raya ni kebiasaannya berpunca daripada perut yang terkejut menerima diversity makanan, maka semalam perut ni buatla hal, sakitnya Ya Allah macam nak tercabut nyawa! Tapi selepas dibagi injection barula lega sikit & ana dibenarkan pulangla, nasib tak kena tahan di hospital. Tapi subuh tadi pun berapa kali terjaga coz kesan sakit tu adala, takpela kalo kita sakit bermakna Allah nak kita sentiasa mengingati-Nya, sebagai tanda kasih Allah kepada kita & kaffarah dosa yang telah kita buat.

Program 8 syawal
Kalau mengikut tentatif, 8 syawal ni students Fakulti Kepimpinan Pengurusan (FKP) USIM nak buat program Dakwah Tatbiqi kat asrama PERKAYA di Setiu Terengganu, ana & Hazimin dijemput untuk mengendalikan slot motivasi kepada penghuni di situ namun apa yang ana bimbangkan kesihatan yang tidak menentu sekarang menyukarkan pergerakan ana & mungkin ana terpaksa berehat sahaja di rumah. Terpaksala berhubung dahulu dengan pihak di sana, mintak ganti dengan orang lain.

Apa program di rumah ni?
Sebagaimana yang kita maklum, mahasiswa/i akan menghadapi Final Exam selepas cuti berhari raya ni, jadual pun dah keluar maka ana merancangla beberapa strategi untuk meningkatkan prestasi akademik memandangkan prestasi semasa Mid-Sem kurang memberangsangkan. Selepas balik berhari raya ni banyakla jugak aktiviti sampingan seperti program Teambuilding (17-19 Okt), jamuan raya, rehlah, seminar, dll yang terpaksa diikuti disamping persediaan untuk Final Exam.

KEPADA KENKAWAN YANG DAH START MEMASUKI UNIVERSITI BLAJA ELOK2 & BERSEDIALAH ANDA UNTUK FINAL EXAM YANG AKAN DATANG.

No comments: