Bagi memenuhi masa cuti semester di Terengganu yang hanya tinggal kurang daripada 48 jam ni ana terasa nak mencoret sesuatu setelah melihat beberapa komen di shoutbox & pertemuan dengan sahabat yang ber’’tanya khabar’’ akan blog ana yang sekian lama tidak ada artikel baru. Penjelasana daripada ana? Mudah jer..ketandusan idea (boleh terima ker? Sebenarnya perasaan ‘’al-kasal’’ yang membelenggui.hu3.
Baiklah..hari ni 11hb Disember, esok 12hb Disember malam ana akan kembali menaiki bas Sani Ekspress pulang ke USIM, pulang awal daripada tarikh berakhir percutian iaitu 21hb kerana memenuhi permintaan sahabat lain untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh kolej kediaman & university tercinta.
Sedikit coretan di rumah ini..semalam ana mencuba-cuba untuk membina laman baru di wordpress, (tintapedeta.wordpress.com), tapi masih belum diisi sekadar baru membina ‘’tiang rumah.’’ I.allah setelah berdiri kukuhnya rumah baru itu, blog ini akan diupgrade ke laman wordpress (nak cuba istiqamah dengan blog ni dulu ). Di Terengganu, cuaca memang berlainan daripada di Nilai ( panas terik versus hujan lebat sampai tak nampak matahari ). Begitulah..pantai timur apabila bulan Disember menjelma maka musim bah pun sampai. Tapi Alhamdulillah di Kg. Gelugor ni tidak ada yang terpaksa ke pusat pemindahan, di sini memang kawasan jauh daripada kenaikan air.
I.allah 22hb Disember pelajar USIM akan melalui semester baru, kepada sahabat sahabiah semua pasangkan azam baru di semester depan untuk terus menungguli kecemerlangan akademik & sahsiah diri. Nantikan keputusan semester 1, buat post mortem & teruskan kerja keras kita !
P/S : Takziah kepada keluarga Allahyarham Shukri pelajar tahun 1 FPQS yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Taman Semarak Nilai Negeri Sembilan baru-baru ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment