Beri ruang mahasiswa bersuara - Saifuddin
KUALA LUMPUR 17 April - Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu menyediakan ruang secukupnya kepada mahasiswa dengan memberi peluang untuk mereka menyuarakan pendapat mengenai isu-isu semasa yang bukan berbentuk akademik.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu penting dalam usaha kerajaan membentuk serta mengembangkan pemahaman dan potensi mahasiswa tentang realiti kehidupan sebenar.
Katanya, ruang itu boleh diberi dengan menyediakan beberapa tuntutan asas mahasiswa seperti mendengar pandangan dan idea serta mengiktiraf peranan mereka dalam berpersatuan.
''Pihak IPT perlu bertindak pantas memenuhi tuntutan-tuntutan asas tersebut agar ia dapat dipadankan dengan variasi kehendak golongan muda masa kini.
''Antaranya mengkaji semula fungsi dan penglibatan mahasiswa di bawah Jawatankuasa Kebajikan Pelajar (JKP) yang telah ditubuhkan mengikut Seksyen 20A Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),'' katanya ketika ditemui pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri syarahan Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin yang bertajuk Membina Momentum Menatar Keunggulan: Ekosistem Ilmu UKM Sebagai Wahana.
Menurut Saifuddin, berdasarkan pertemuannya dengan wakil-wakil mahasiswa, kebanyakan mereka yang mewakili JKP itu tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.
Malah, katanya, mahasiswa lebih banyak 'mendengar' daripada didengar pandangan dan kehendak mereka lantas dia menyeru agar pihak IPT mengambil inisiatif mengkaji semula peranan dan penglibatan mahasiswa menerusi JKP serta menyediakan saluran yang kondusif untuk mendengar suara mereka," katanya.
sumber
:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
p/s
Kita lihat peruntukan dalam seksyen 20A. Mohon sesiapa yg berkepakaran di dalam perundangan untuk menafsirkan peruntukan yg di tetapkan dalam pindaan AUKU ini, ana nak tahu apakah yg sebenarnya ayat ini dimaksudkan??
( Kalo silap komen nanti silap fakta pulak, sensitif2)
Rujukan Pengetahuan mengenai Pindaan AUKU :
http://ppums08.wordpress.com/http://www.uthm.edu.my/v2/images/info/taklimat%20pindaan%20auku%202009.pdf
1 comment:
Post a Comment