Tuesday, March 31, 2009

Legasi Kepimpinan : Gaya penulisan

Doa di atas menjadi tatapan pertama pembaca blog yg ana hormati sekalian. Menjadi lumrah insani apabila dilanda kesuasahan, keresahan & sewaktu dengannya maka manusia akan kembali mengadu kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Bermula posting kali ini ana akn cuba posting penulisan-penulisan daripada pelbagai siri kem, seminar & daripada pelbagai program yang ana tulis kemudian ditaip semula sebagai perkongsian ilmu dengan para pembaca blog sekalian. An cuba menjadikan penulisan sebagai pena untuk menterjemah idea yang ada di minda untuk menyampaikan sesuatu, malah ramai pemimpin sprt Tun Dr. Mahathir, Tuan Guru Haji Hadi, Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin & ramai lagi pemimpin negara yg menulis di dalam blog & mengeluarkan buku-buku mereka. I.allah an bercita-cita untuk cuba menghasilkan karya sendiri terutama dalam bidang kepimpinan.

Isi-isi penting daripada Diskusi Ilmuan : YAB Dato’ Seri Tn. Guru Haji Abd Hadi Hj Awang

15 Februari 2009 / 19 Safar 1430 H..Auditorium KUIS Selangor.

Anjuran Ikatan Ilmuwan Nasional ( ILMUAN )

Mukaddimah

Firman Allah :

( Surah Al-Baqarah ayat 28 )

Ulasan :

- Ayat ini menveritakan senario kehidupan manusia daripada awal sehingga akhir.

- Kita perlu mengenali diri kita agar kita kenal rabbul alamin.

Isi-isi penting

وفي انفسكم أفلا تبصرون

ولقد كرمنا بنى آدم

- Allah mengurniakan pancaindera, akal & jasad kepada manusia. Unsur-unsur ini ada keperluannya yang tersendiri. Membezakan manusia dan haiwan, kita mempunyai batasan halal dan haramnya.

- Manusia memerlukan kepada makanan roh & jasad

- Ini berbeza daripada malaikat & haiwan.

- Riwayat manusia tidak habis begitu sahaja seperti filem & novel. Ada alam barzakh / alam rohani/kubur yang lebih panjang.

Firman Allah :

ثم اليه ترجعون

Disebut dalam kaedah bahasa arab mabni lilmajhul ‘’Dikembalikan dengan keadaan

tidak mengetahui.’’

- Peranan manusia akan dipersoal di akhirat kelak.

- 3 matlamat hidup manusi :

1. Beribadah ( surah azzariyat ayat 56 )

2. Khilafah ( surah albaqarah ayat 30 )

3. Amanah ( Surah Al-Ahzab ayat 72 )

Penjelasan Matlamat beribadah

- Kita bukan sahaja perlu melaksanakan ibadah / syiar Islam ( ibadah umu &

khusus) tetapi kita juga perlu tunduk & patuh kepada ketetapan Allah

- Lelaki & perempuan tidak boleh membuat pilihan selain daripada di atas.

Firman Allah :

الحمد لله الرب العلمين

اله العا لمين ( Hanya Allah layak disembah & diyakini )

- Allah menyerah kepada kemampuan & kebijaksanaan manusia untuk mengatur apa yang dapat dicapai oleh akal namun ada yang tidak dapat dicapai oleh akal perlu dipegang melalui dalil yang qat’ie. (dalil al-quran).

Penjelasan Matlamat Khilafah – manusia yang hebat.

- Manusia diberi peranan menjadi khalifah

- Khalifah / khilafah ditafsir ulamak sebagai

اقامة الدنيا وسياسة النيا به

( Mentadbir diri & segala makhluk yang ada di muka bumi degan ad-deen yakni Islam)

Penjelasan menenai amanah

- Macam mana manusia boleh memikul amanh ? Jawapannya dengan pengutusan Rasul terpilih yang ditarbiyah oleh Allah.

Firman Allah surah An-Nisa 58-59

- Didalam ayat ini ada menyebut mengenai kita perlu memberi amanah kepada mereka yang berhak ( dapat memikulnya )

- Maka ada ayat selepas itu menyebut kita perlu mentati kepada Allah, Rasul & ulil amri.

- Ulil amri ditafsir ulama’ sebaga Al-Ulama’ Wal umarak.( Pemimpin yang menerima ilmu daripada Ulama’)

- Al-Ulama’ Warisatul AlAnbiya’

- Penjelasan mengenai amanah yang sebenar :

Amanah melaksanakan hukum Allah & menyerahkan kepada pemimpin yang ahli ( pakar dalam bidangnya )

Hadis Nabi S.A.W mafhumnya :

Suatu hari Abi Hurairah bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang Arab Badwi.

Arab Badwi itu bertanya kepada Rasullah. Bilakah kiamat? Rasulullah tidak

Mempedulikannya. Kemudian Nabi bersabda : Dimanakah orang yang bertanyakan soalan tadi? Lelaki itu menjawab : Saya ya Rasulullah. Sabda Nabi : Kalau kamu hendak tahu, kiamat akan tiba apabila amanh dipermain-mainkan. Lelaki itu memohon penjelasan. Nabi bersabda : Apabila diserah urusan umat pada bukan ahlinya, maka tunggulah penyebab berlakunya kiamat.

Konklusi daripada hadis di atas :

- Ketiga-tiga aspek ( matlamat hidup manusia ) perlu dititikberatkan melalui pengutusan Rasul-rasul untuk dipraktikal secara praktikal / dakwah kepada manusia & kerajaan.

Petikan dalam al-quran bagaimana para Nabi menyeru umatnya :

Nabi Nuh berkata :

‘’ Wahai kaumku ! abdikan diri kamu kepada Allah’’

Petikan lain : Kerajaan Nabi Nuh mencerca dia.

- Maka setiap perjuangan menegakkan agama Allah memang aka nada mehnah & tribulasi penentangan terhadap pejuang agama Allah.

- Ada Nabi-nabi yang berjuang sehingga ajalnya & diterus pengikut-pengikutnya. Ada nabi yang berjaya menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Firman Allah : ( Surah Al-Imran – ayat 204 )

- Menyuruh & mencegah. Kuasa politik juga termasuk sama.

- Tiada pemisahan di antara politik & dakwah.

- Walaupun Rasul telah diutuskan & telah tiada Rasul kini namun risalahnya perlu diteruskan sehingga kini. Maka siapa penggantinya?

- Penggantinya ialah kumpulan daripada orang-orang Islam yang memenuhi sifat amanah & khilafah.

- Perjuangan secara kolektif / jemaah. Berjaya memenuhi syarat ini melalui quran & hadis.

- Maka kita hendaklah melihat kumpulan yang memenuhi ciri-ciri kumpulan Islam.

Ciri-ciri kumpulan Islam

1. Mereka mencintai Allah & Allah mencintai mereka

يحب نهم و يحب نه

2. Yang berlemah-lembut dengan orang Islam

3. Bertegas terhadap orang kafir.

4. Berjihad kepada jalan Allah.

5. Tidak takut kepada celaan orang lain.

Ulasan

1. Sifat mencintai Allah & dicintai Allah

- Tafsir al-quran dengan al-quran ( surah al-Imran ayat 31 )

- Ucap syahadah & ikut syariat Nabi

2. Yang berlemah lembut dengan orang Islam lain.

- Mengajak orang-orang Islam yang lain.

3. Bertegas terhadap orang kafir

- Kita melawan kafir yang kita hadapi.

4. Berjihad

Aljahdu = almasyaqqah ( menghadapi segala kesulitan )

Aljuhdu = Attoqqah ( segala kesusahan )

- Aljahdu perlu untuk menghadapi segala kesulitan

- Aljuhdu perlu untuk menggembleng segala akal & tenaga untuk mencapai matlamat Islam.

Contoh : Hizbut Tahrir ( HT ) serpihan daripada ikhwan di Palestin. HT hanya beri risalah.

Firman Allah :

اذهب انه فانه طغى

- Sepatutnya HT perlu ‘’turun padang’’ bukan hanya buat risalah di rumah.

- Jihad yang paling besar : bercakap benar & menentang pemerintahan yang zalim.

- Kumpulan-kumpulan Islam perlu disatukan & dibahagi-bahagi tugasnya.

- Kumpulan Islam perlu memenuhi cirri-ciri amar makruf, nahi munkar & dakwah.

- Tidak boleh jadi kumpulan yang serpih-serpih mengacau kumpulan Islam yang utama.

- Perlu ada tarbiyah dalam menghadapi musuh yang zahir & batin.

Wallahualam.

Nota :

Segala penulisan di atas adalah apa yang dicatat oleh penulis sewaktu menghadiri syarahan Tn. Guru, maka segala kesilapan sewaktu mencatat & menulis penulis memohon maaf & mohon diberitahu kesilapan tersebut.

© Hakcipta Terpelihara.

Daing Muhamad Fadzil B. Abd Latif

013-3440819

Brigedalaqsa2004@yahoo.com

http://daingfadzil.blogspot.com

No comments: