Wednesday, February 11, 2009
Valentine's Day : Cinta cintun ??
Detik 14 Februari akan disambut oleh remaja yang tidak mendapat tarbiyah, kita akan melihat di pelbagai media massa akan memepromosikan para remaja supaya mereka menyambut dengan pasangan masing-masing. Ini memang tidak syarie!!! Aku tak nak mengulas akan sejarah Valentine's Day kerana banyak dah blog yang menulisnya, memang satu posting yang hangat bagi setiap blogger. Aku nak ulaskan daripada perspektif akula mengenai cintan cintun ni.
Setiap remaja memang pernah melalui zaman cinta monyet ( aku termasuk ke??Entahla ) tapi kalau korang nak tau semenjak aku masuk USIM ni, hidup aku ni 25 jam ( lebih 1 jam ) memang hidup aku ni dikelilingi dengan program jer, sampaikan budak sebilik aku takkan boleh jumpe aku hujung minggu, selalulah hilang, dengan BSM nyer, keluar buat rehlahlah, & mcm2 lagi. Kalau aku takder program pun memang aku akan ''menyibukkan diri'' untuk join program2 orang lain. Lagipun hidup mase degree ni memang berlainan masa tamhidi. Masa Tamhidi aku just jadi 100% orang akademik jer, tapi bila dah naik tahun 1 ni, sibuk dengan program. Tapi aku seronok hidup dalam keadaan macam ni. Hidup disibukkan dengan berprogram lebih baik hidup tak berprogram.
Memang setiap insan dambakan kasih orang lain ( Terpengaru lagu nasyid ke ni? ) tapi hidup aku berprinsip, aku dambakan orang yang macam aku (hidup dalam perjuangan/dakwah Islam). Aku pelik tengok kawan2 aku ( kesian yang cerdik/hebat dalam akademik tapi kecundang dalam bersosial), mesej dalam handphone memang meloyakan tekak aku. Kalau kawan2 aku yang ditarbiyah penuhnya dengan mesej undangan ke mesyuarat, usrah, program2 & taujihat untuk mujahid dakwah. Itulah yang aku harapkan, menjadi seperti itu. Bila hidup ini bersama-sama orang yang ditarbiyah kita tidak akan hanyut dalam kelalaian hidup remaja.
Daripada individu muslim akan terbina bait al-muslim ( keluarga muslim ), kemudian terbina masyarakat muslim seterusnya i.allah boleh membentuk sebuah negara yang mana Allah sifatkan sebagai ''Negara yang baik & diredhai oleh Tuhannya.'' Tanpa tarbiyah yang jitu manusia tidak akan ke mana-mana, tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment