Thursday, February 19, 2009

Aku, dakwah & Bandar Baru Nilai


Letih gak bile nak mengubah template baru blog ni, banyak widgets & link yg dah hilang, takpe2 i.allah akan ada balik. Hm, kejap lagi nak gi keluar joggingla, letih mengadap laptop ni. Sebelum tu nak mencoret suatu kisah yang berlaku sewaktu aku jogging semalam.

Melihat ciptaan Allah

Sesiapa yg mengaji dekat USIM especially duk dekat Sutera Indah ( Kolej Kediaman lelaki ) akan tahu betapa majmuknya masyarakat di Bandar Baru Nilai. Kepelbagaian kaum - Melayu, Cina, India, Bangla, Indon - macam2 ada. Jadi dalam alquran surah al-hujurat (ayat 13 ) ada menyebut :

'' Wahai umat manusia ! sesungguhnya Kami ( Allah ) telah menciptakan kamu dari lelaki & perempuan, & kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa & bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( & beramah mesra antara suatu dengan yg lain . Sesungguhnya semuli-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, ( bukan yang lebih keturunan / bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Pengetahuannya ( akan keadaan & amal kamu ).''

Nak dijadikan cerita, aku ditegur seorang pakcik cina masa on de way nak balik joging ke kolej, apa dia cakap :

'' Lu manyak bagusla, cepat lu lari, saya tak larat nak lari jauh2.''

Aku terima dengan ucapan syukur ( Alhamdulillah ). Apa aku nak tekankan, golongan dakwah (mad'u) di sekitar Bandar Baru Nilai. Mereka terdiri daripada golongan pelbagai latarbelakang agama, malahan sekitar kolej aku ni daripada pusat urut hingga mak datuk gereja yang aku dah jumpa. Memang Bandar Baru Nilai ni pusat kegiatan dakwah Kristian kot?? Waliyazabillah..

Apa masalahnya ??

Apa aku bimbangkan & amat sedih..apa yang dah aku sumbangkan untuk perkembangan Islam di Luar kolej aku ( tak termasuk kampus ) ?? Aku & kawan2 gegak gempita melaungkan slogan Islam di kampus namun aku selalu terfikir semenjak peristiwa itu :

'' Apakah yg dapat aku buat dlm kapasiti mahasiswa Islam USIM untuk membina biah Islam di Bandar Baru Nilai ??''

'' Golongan sebegini perlu lebih didekati kerna mereka ialah golongan mad'u kita, golongan di kampus cukup baik, terjun di dlm m;kat yg sebenar.''

'' Adakah aku nak ditimpa musibah Allah akibat tangan-tangan manusia yg membuat maksiat yg terang-terangan di sekeliling aku??''

Begitulah monolog dalaman aku, sampai di rumah, aku tanya member serumah aku,
Kesal ada jugak kerna dia cakap dia tak begitu kenal lagi masyarakat disini. Mungkin dia tahu dunia di kampus sahaja. Aku akan teruskan pengkajian kepada masalah ini...

( Ikuti sambungannya untuk posting akan datang..)

No comments: