Sunday, November 6, 2011

We lead the Change !



Meluncurkan sedikit coretan bersempena hari raya Eid Adha pada hari ini. Berada di dalam fatrah kuliyah memberi sedikit kekangan pada saya untuk menulis di dalam teratak ini. I.allah posting kali ini akan memberi sedikit untaian rasa dan kompilasi menarik aktiviti-aktiviti yang saya ingin kongsikan kepada para pembaca setia blog ini.

Apabila disebut anak muda, terbayang di kerangka pemikiran kita ialah seorang lelaki/perempuan yang berumur 18-40 tahun. Insan dalam usia ini mempunyai tenaga dan daya fikir yang sangat hebat di dalam pembangunan negara dan modal insan di sesebuah negara. Kita mengecilkan skop, bagi yang berada di menara gading, berumur lazimnya dalam lingkungan 19-25 tahun, suara mereka sentiasa mendapat perhatian di kalangan warga kampus dan masyarakat umumnya.

Suara anak muda sentiasa disantuni oleh masyarakat kerana golongan ini ialah golongan yang mendapat pendidikan tinggi yang diharap dapat pulang ke pangkuan masyarakat, berbakti untuk anak bangsa, agama dan negara. Gelombang kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia, Libya, Syria dan Yaman juga dimulai oleh anak muda. Di Malaysia juga tidak terkecuali, saban hari isu sosial, politik dan kemasyarakatan sentiasa diwarnai oleh pendapat dan penglibatan anak muda. Ada yang berpencak dalam lapangan aktivis dakwah dan politik di bangku universiti, mereka ini dilihat sebagai peneraju kepada kepimpinan negara akan datang kerana pembinaan karakter bermula daripada alam kampus akan membiasakan mereka untuk berpencak di lapangan masyarakat kelak.

Tuntasnya, lakukan apa yang kita minat secara bersungguh-sungguh, binalah karakter kita menjadi anak muda contoh dan bersama memimpin kebangkitan anak muda supaya kita melihat generasi akan datang lebih baik daripada sekarang. Win the heart, Lead the Change of Young People !

Saya memaparkan sedikit gambar-gambar aktiviti yang telah saya lakukan di kampus USIM sepanjang bulan September-November baru-baru ini.

Sementelahan tiada gambar daripada pihak penganjur BSMM USIM, saya membuat capture kepada slide pertama saya iaitu program Sharing Moment Bersama junior mahasiswa/i USIM tahun 1 yang menyertai badan uniform BSMM USIM semester ini.




Menyampaikan pidato berkenaan Palestin di Speaking Corner Special anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM.

Berkongsi idea melalui khidmat sebagai moderator dalam Bicara Ilmiah "Akademik Vs Persatuan" di dalam Karnival Mahasiswa 2011 (KARSIS'11)



Di media cetak, akhbar Berita Minggu di dalam ruangan Nasional (Perihal Anak Muda) muka surat 13 bertarikh 6 November 2011 (Ahad) memaparkan pandanganku di Facebook (FB). Ternyata pandangan anak muda di media baru juga mendapat tempat di hati masyarakat.

Semoga aktiviti-aktiviti sebegini mampu memberikan sedikit ruang kepada kita menyumbang sesuatu kepada pembangunan idea dan modal insan di dalam masyarakat.





2 comments:

Abdul Muiz said...

bagus Daing..
kita perlu memimpin perubahan..
by the way, selamat hari raya aidiladha..
sama-sama kita menjayakan visi anak muda
insyaalllah...

Ibnu Latif said...

Terima kasih ats inspirasi yg diberikan.