Ramadhan Karim ! Allahu Akram ! Kullu A'amim wa antum bikhoir....Syukur kepada Allah Taala kerana kita diberi peluang lagi untuk memasuki Jamiah Ramadhan (ist biasa MadrasahRamadhan)...Hmm..banyak komen-komen di shoutbox menegur supaya di post cerita baru. Syukran kepada duyuf karim yang sentiasa setia untuk membaca artikel baru di blog ini.
Ana sekarang akan ber'perang' dengan beberapa kertas mid-exam. Ketika artikel ini sedang ditulis ana berada dalam bilik gerakan Bulan Sabit Merah USIM menunggu masuknya waktu berbuka. Oleh kerana kuliyah pada waktu malam akan berjalan seperti biasa maka ana mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Sutera Indah. Kalau kelas habis pukul 9 maka sempatlah ke Masjid Nilai untuk solat tarawikh. Tidak setiap malam ada kelas, namun bagi pelajar kelas ana, kami hanya free pada selasa malam, jumaat malam & hujung minggu. Maka malam-malam itulah ana sempat berbuka puasa bersama teman sebilik & bersolat tarawikh di Masjid.
Alhamdulillah, dalam bulan puasa ni, kuranglah sedikit aktiviti berat (kokurikulum, berjalan-jalan tak tentu pasal), banyak masa dihabiskan dengan duduk diam menelaah pelajaran. Sebelum puasa memang tak pernah duduk diam, pantang hujung minggu je tak payah kita nak plan aktiviti, ada sahaja sahabat meng'offerkan' program untuk dilaksana. Program Orientasi BSM di Dusun Eco, program Dakwah Tatbiqi (Sek. Rendah Islam Al-Amin, Subang Jaya) & dll menjadikan kehidupan mahasiswa di USIM amat bermakna & penuh dengan kemahiran insaniah yang dapat dipelajari.
Ok, setakat tu je dapat ana tulis, sekarang jam 7.14pm ketika ayat ni ditulis...selamat berbuka puasa kepada family di Terengganu & sahabat sahabiah yang jauh dimata tapi dekat di hati. Nantikan kepulangan anak perantau pada 27 September 2008.
SALAM RAMADHAN KARIM!!!!!
No comments:
Post a Comment