Sunday, June 1, 2008

Pengalaman di KPRI Lata Belatan


Kunjungan pertama kali ke Lata Belatan di Besut untuk Kem Perkaderan Remaja Islam (KPRI) kali ke 2 menelusurkan kalimah ''Subhanallah'' di bibir ana kerana terkesima akan kecantikan tempat itu. Melihat derusan air terjun merasakn rasa ''geram'' di hati, membuak-buak di hati untuk terus terjun tetatpi mekirkan taklif dlm KPRI sebagai urusetia ICT menahan diri untuk menyempurnakan dahulu amanah yang diberi.

Sebagai pemula cerita di KPRI, ana ditaklifkan sebagai urusetia namun setelah berlaku ketidakcukupan fasi terpaksalah ana memikul 2 tanggungjawab serentak namun perkara itu bagi pemuda islam yang telah ditarbiyah tidak menganggap sebagai bebanan namun akan diterima sebagai takdir Allah & peluang yang mengajar kita untuk bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Ana pun telah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Memang mencatat rekod, kebiasaannya memang dalam sesuatu program peserta muslimat akan mendominasi tetapi dalam KPRI kali ini peserta muslimat mendominasi 2/3 daripada keseluruhan peserta. Sebab itulah berlakunya kekurangan fasi muslimin yang pada mulanya dijangka dalam mesyuarat tidak akan berlaku tapi takdirullah mengkehendaki segalanya. Akibatnya seorang fasi muslimin terpaksa menerima puratanya 10 orang muslimin bagi setiap kumpulan. Peserta KPRI biasanya ialah peserta yang kita hasratkan untuk dikaderkan bagi tenaga pemuda/i bagi masa depan. Ada yang pernah menerima tarbiyah & ada yang bermula dari kosong. Memang kebayakannya datang dari kampung dengan pelbagai pakaian & 1001 perangai. Umur diorang dari 18-26, ada jugak segelintir yg muda, sangkaan kita hanya disasarkan untuk lepasan spm namun ada yang lebih umur.



Bagi ana, bergaul dengan peserta yang lebih tua & tidak pernah ditarbiyah pada mulanyaa menimbulkan sedikit masalah kerana jurang perbezaan umur namun berkat perbincangan fasi-fasi yang lebih senior, ana dapat membawa kumpulan ana dengan baik. Pelbagai pengisian dibuat ala-ala PLKN yang penuh manfaat. Qiamullail. Kuliyah agama gabungan sains, aktiviti LDK, jungle trekking, persembahan malam kesenian & lain-lain memang tidak membosankan. Tambahan pula ana dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang telah lama putus contact & bersahabat dengan fasi dari pelbagai universiti yang diorang memang mantap, Perkongsian ilmu yang ana dapat daripada diorang merasakan diri ini masih jahil & perlu lagi bimbingan pada masa hadapan.

Pada hari akhir dibuat jungle trekking..memang 1 pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Majlis berakhir pada waktu petang dengan majlis penyampaian hadiah & doa wehdah. Tak lama lagi ada mini karnival waja & program perkaderan pendakwah muda USIM, memang padat cuti ini & bagi ana ini sungguh menyeronokkan!! Nantikan cerita berikutnya...

No comments: