Wednesday, May 14, 2008

Review filem ayat-ayat cinta


Novel yang menjadi bualan hangat setiap remaja yang meminati novel islamik karangan Habiburrahman EL-Shirazy atau Pak Abib. Walaupun dalam akhbar menyatakan, Ayat-ayat Cinta (AAC) akan menjengah pawagam tempatan pada 16 Jun ini namun sebenarnya filem ini telah dapat ditonton melalui pencarian di internet.

Sinopsis

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam. Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada 2 warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi. Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman 'mein name ist Aisha.'

Suatu hari, Syeikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha. Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap 3 lagi gadis yang menyintainya secara diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima 2 dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

Perbandingan antara Novel dan Filem

Ana pernah menonton filem di kolej dulu kerana di USIM, penyebaran bahan-bahan menarik seperti ini umpama keropok lekor panas.He2 Ganu kite. Jadi ada yang mendownloadkannya dari internet & disebar kepada peminat-peminat AAC.

Indah khabar dari rupa, memang agak mengecewakan kerana filem ini tidak dapat memuatkan perincian daripada novel asal. Diakui sendiri oleh pengarah filemnya, Hanung, hampir 20 peratus perincian novel terpaksa dibuang. Memang tidak dapat dielakkan apabila nak buat filem, memang perlu memenuhi selera penonton maka adala adegan yang tidak enak ditonton dan boleh dikatakan bias daripada novel. Mungkin novel dan filem adalah 2 genre yang berbeza maka ia sukar untuk dibolehnyatakan secara 100 %. Namun bagi peminat AAC ia merupakan satu kepuasan kerana dapat melihat bagaimana novel ini diadaptasikan daripada novel ke layar perak. Moga industri filem di Malaysia dapat membangunkan filem sebegini pada masa hadapan.



No comments: