Selama 6 minggu bermula 4 Mac 2013 - 10 April 2013 saya menghadiri program Graduate Career Accelerated Program (GCAP) yang dikendalikan oleh My-Partners Sdn. Bhd (Kerjasama dengan Talent Corporation Malaysia Berhad). Kursus pemantapan kemahiran insaniah (soft-skills) untuk graduan baru, graduan menganggur dan yang ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Saya hadiri kursus ini di Showme International College, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Antara modul yang dijalankan di dalam kursus ini ialah
| 
No. of Module | 
Module Title | 
| 
1 | 
Mind
  Mapping – Global Employability Mindset | 
| 
2 | 
Economic
  Transformation Program & Government Transformation Program (ETP &
  GTP) | 
| 
3 | 
International
  Business English | 
| 
4 | 
Creative
  Thinking, Methodological Decision Making & Analytical Solving Methods | 
| 
5 | 
Up
  Your Service | 
| 
6 | 
Customer
  Interaction On Worldwide Perspective | 
| 
7 | 
International
  Professional Interaction System | 
| 
8 | 
Global
  Entrepreneur Program | 
| 
9 | 
Grooming
  & World Class Etiquette | 
Kelihatan agak membosankan bukan? Tidak, jangan salah sangka kerana mengikut pengalaman saya modul yang dijalankan sangat menarik kerana dijalankan dalam sesi penuh santai tapi penuh informasi, aktiviti indoor-outdoor (seperti Amazing Race, trip ke Pulau Kapas, kajian lapangan ke bank-bank komersil, lawatan sambil belajar ke HyperMarket seperi Giant dan Mydin dan lawatan sambil belajar ke Bank Negara Malaysia Cawangan Terengganu untuk modul pengurusan kewangan). Senang kata, saya biarkan anda melihat gambar-gambar di bawah kerana gambar boleh bercerita 1001 perkara.
 
 
