Blog ini disusun sebagai platform untuk menyusun idea-idea mengikut topik tertentu. Para pengunjung dijemput untuk membaca dan memberikan komentar bernas dalam memantapkan lagi isi-isi kandungan setiap posting blog. Semoga diterima sebagai amal jariah
PERNAH DENGAR MENGENAI TAMAN HALAL ?
.
Haaa...saya nak berkongsi mengenai salah satu TAMAN HALAL DI KAWASAN PERINDUSTRIAN SERKAM DARAT DI MELAKA .
Kawasan perindustrian ini dinamakan sebagai MELAKA HALAL HUB dan diurus selia oleh pihak MELAKA HALAL HUB SDN BHD (MHHSB)
.
Dapatkan maklumat lanjut melalui flyers yang telah kami letakkan di bawah JIKA INGIN MUAT TURUN (DOWNLOAD) dalam bentuk PDF di LINK ini
.
Untuk maklumat lebih lanjut , boleh layari
Haaa...posting blog kali ini saya nak berkongsi mengenai TAKWIM ISLAMIK TAHUN 2020.
Pastinya ramai yang tengah membuat pelbagai perancangan untuk tahun 2020 kan.
.
Baiklah berikut saya sertakan takwim mengikut bulan dalam format JPEG dan PDF.
.
Panduan :
1) Klik kanan pada tetikus (mouse) dan SAVE AS untuk setiap gambar (Jika anda guna DESKTOP)
2) Jika anda mahu SAVE ke PHONE, klik lama-lama pada gambar dan SAVE
3) Jika nak PRINT, seelok-eloknya MUAT TURUN (DOWNLOAD format PDF) KLIK DI SINI UNTUK FORMAT PDF
. SEMOGA BERMANFAAT ! p/s : Mohon dapat bagi kreditkan sumber iaitu daripada blog ini jika anda mahu copy paste ke mana-mana sumber media sosial / blog / website anda yang lain =) Peace yo !
.
.
Haa.. dalam post kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua dengan topik yang trending dalam perniagaan sekarang iaitu CASHLESS BUSINESS (BISNES TANPA TUNAI). .
Salah satu aplikasi yang popular sekarang ialah APLIKASI TOUCH N GO EWALLET. .
(Gambar sekadar hiasan)
Pernah ada orang bagi atau orang offer kertas seperti di atas? Semasa post ini ditulis, setiap merchant (termasuk saya) sudah diberikan sekotak kertas softpin di atas tetapi bernilai RM 6 setiap satu (sebelum ini RM 8 setiap helai) berjumlah 100 keping setiap merchant.
.
TAHNIAH jika anda pertama kali menerima kertas di atas dan memang post ini ditargetkan untuk mereka yang kali pertama nak guna softpin ini. Bagaimana? Ikuti tutorial mudah di bawah.
.
.
Laju sangat video di atas? Tak jelas? Haa...kami sediakan juga dalam bentuk screenshot di bawah.
Ikuti gambar langkah-demi-langkah.
.
Langkah 1 : WAJIB Muat Turun aplikasi Touch n Go Ewallet daripada Android Playstore / IOS smartphone anda. Daftar akaun anda dalam aplikasi itu.
Langkah 2 : Dah daftar, log in dalam sistem dan klik pada reload ewallet
Standby soft pin anda !
Langkah 3 : Masukkan nombor softpin anda pada TnG RELOAD PIN
TAHNIAH ! Jika anda dapat paparan seperti di atas, maka anda sudah berjaya RELOAD EWALLET anda ! Jika gagal, mungkin bermaksud anda pernah RELOAD sebelum ini (cuba ingat-ingatkan),
Jangan buang pula softpin tu kalau gagal reload, bagi pada family atau kawan-kawan yang belum pernah reload ya !
Dah reload mesti nak guna kan? Maka boleh cari merchant (penjual) yang kita boleh beli produk/servis diorang pakai aplikasi ini.
Kalau diorang ada hantar gambar QR CODE diorang, maka tekan SCAN & CARI GAMBAR DALAM GALLERY PHONE kita ya !
Haaa...atas & bawah ni ni contoh gambar QR CODE MERCHANT/SELLER (PENJUAL)
Scan elok-elok =) QR CODE ada yang statik (diorang letak atas meja atau tampal sticker, korang scan jerla)
Aha...bila dah scan QR CODE tu, nanti akan keluar paparan nama bisnes tu, korang masukkan nilai berapa RM jumlah harga yang hendak dibayar.Tekan CONFIRM
Bila dah tekan CONFIRM, akan keluar paparan di atas, korang screenshot dan wasap gambar screenshot tu pada merchant atau kalau merchant tu ada depan korang, tunjuk dia seperti skrin di atas. Biasanya merchant akan dapat SMS ada payment masuk tapi kami tak tahu daripada buyer mana,jadi kami perlukan bukti daripada buyer untuk pengesahan pembayaran =)
So, kalau korang tak tahu nak cari kat mana merchant yang ada QR code tu, nak belanja juga, boleh contact saya untuk beli produk/servis yang saya tawarkan =)
Legasi melalui penulisan buku yang berdaftar dengan International Standard Book Number (ISBN)
Insya allah di post ini saya akan kemaskini dengan ebook & buku fizikal yang saya sedang tulis atau sudah siap berdaftar dengan ISBN.
Saya sedang membuat permohonan dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) .
Jika lihat di di blog ini, di bahagian "Legasi Ilmu" sebenarnya sudah ada ebook yang sudah siap dikongsikan secara PERCUMA. Namun belum tersebar luas.
Jadi eloklah saya buat kemaskini dan dengan objektif serampang dua mata iaitu membina revenue stream dengan jualan produk ebook & buku fizikal sekaligus dapat menyebar luas sekelumit perkongsian.
Antara topik yang saya akan tulis ialah berkaitan Motivasi, Kewangan, Operasi, Pentadbiran, Pemasaran & Jualan, Sumber Manusia, Halal dan Keselamatan Makanan juga Kawalan Kualiti (Food Safety & Quality Control) sesuai dengan jawatan dan industri halal di Industri Kecil & Sederhana (IKS) yang saya ceburi sekarang.
Semoga dipermudahkan. Amiin.
kredit gambar : terbitebook.my
Sunday, September 2, 2018
Dfr Online Store membuat Jualan Produk & Servis secara langsung (Offline) di PASAR TANI MERLIMAU MELAKA setiap hari AHAD 💟
kami mengalu alukn kehadiran semua rakan FB kami ini. Jika nak jadi agen/pengedar setiap produk/servis kami pun boleh datang diskus & ambil stok di booth kami 🎉