Gambar ni diberikan kakakku,k.baity yg bekerja di Indah Design sbg graphic designer..dia cakap ada kawan sekerja dia mendapati gambar ini digunakan utk buat cover buku cenderamata.Sebenarnya gambar ni diambil mungkin oleh wartawan sinar harian or adala org2 penerbitan.Ana duk belakang je..yg duk atas kerusi roda tula kwn ana..nama dia fahmi mustaffa dr aliran thanawi.Dia memang bagus..dapat 10A dlm SPM2006.Dia akan lanjutkan pelajaran di UIAM dlm course lawyer.Insyaallah,jadi lawyer OKU yg terbaik di Msia.Gambar ni pernah disiarkan dlm akhbar sinar harian tp gambar ana yg menyibuk xadala..just ada gambar fahmi & MB.
Thursday, May 31, 2007
Menerima Anugerah Kecemerlangan SPM di Wisma Darul Iman
Gambar ni diberikan kakakku,k.baity yg bekerja di Indah Design sbg graphic designer..dia cakap ada kawan sekerja dia mendapati gambar ini digunakan utk buat cover buku cenderamata.Sebenarnya gambar ni diambil mungkin oleh wartawan sinar harian or adala org2 penerbitan.Ana duk belakang je..yg duk atas kerusi roda tula kwn ana..nama dia fahmi mustaffa dr aliran thanawi.Dia memang bagus..dapat 10A dlm SPM2006.Dia akan lanjutkan pelajaran di UIAM dlm course lawyer.Insyaallah,jadi lawyer OKU yg terbaik di Msia.Gambar ni pernah disiarkan dlm akhbar sinar harian tp gambar ana yg menyibuk xadala..just ada gambar fahmi & MB.
Wednesday, May 30, 2007
Tips kejayaan dalam pelajaran.
Ibnu Jama’ah Alkanani berkata :
“ Waktu yang paling baik untuk menghafal pelajaran – tengah malam ”
“ Waktu yang paling baik untuk mendapatkan pelajaran - pagi-pagi lagi ”
“ Waktu yang paling baik untuk menulis – tengah hari “
“ Waktu yang paling baik untuk mempelajarinya – malam “
Al-Khathib Al-Baghdadi berkata :
Tempat yang paling baik untuk menghafal ialah ruangan bilik & tempat-tempat lain yang jauh dari hiruk-pikuk / keramaian.
Umar Al-Khattab R.A :
Dalamilah pengetahuan agama sebelum kalian menjadi pemimpin.
Perkara yang mendorong kepada kegagalan :
1. Malas
2. Malu tidak bertempat
3. Tiada keyakinan diri
4. Terlalu manjakan diri
5. Terlalu beremosi
6. Cepat puas hati
7. Suka menangguh, ambil mudah
8.Terlalu pentingkan hiburan
9. Pengurusan masa lemah
10. Harga diri rendah
11. Tiada kemahiran & strategi belajar.
Kekuatan tidak bermakna tanpa beban,dan usaha tidak bermakna tanpa kesungguhan –Osman Affan
Pernahkah anda terfikir bahawa anda sering bernasib
Jika anda fokuskan kepada masalah itu sahaja, fikiran anda akan dipenuhi dengan masalah tersebut dan anda pasti tidak akan dapat menyelesaikannya. Tetapi anda fokuskan kepada apakah kelebihannya jika anda berjaya menyelesaikan masalah tersebut, anda pasti akan mendapat jawapannya da menikmati hasil.
Budaya couple antara keinginan & syariat.
1. Semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan
bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar & hambar pula
pergaulan itu.(Sebagai suami isteri selepas berkahwin)
2. Pengalaman menunjukkan betapa pasangan suami isteri yang
menjaga pergaulan sebelum berkahwin, selalunya lebih
bahagia, lebih kekal & mendapat keberkatan dalam rumah
tangga berbanding mereka yang mengabaikannya. Usia
perkahwinan sampai ke anak cucu. Kalau ada yang bercerai,
sangat sedikit bilangannya. Tetapi bagi yang tidak menjaga
pergaulannya sebelum berkahwin bukan setakat tidak sampai
ke nak cucu..kadangkala sebelum menjejak gerbang
perkahwinan pun sudah putus cinta, frust & kecewa.
3. Bolehkah bercouple??
Ø Tidak mengapa..silakan tetapi hendaklah mengikut peraturan Allah.
Ø Jika sebelum bernikah kita buat sesuatu yang diharamkan kecuali pasangan yang telah berkahwin (fahamkan?) kawallah diri. Jagalah batas-batas itu. Tetapi sekiranya sudah tidak sanggup menahan diri, maka bernikahlah secara sah!
Ø Peraturan daripada Allah bukan untuk menyekat tetapi untuk mengawal .
Ø Analogi : Tanda-tanda di jalan raya bukan untuk sekatan tetapi menyelamatkan kita, hanya manusia yang tidak siuman rasa sebagai satu sekatan. Kita perlu terima untuk bantu kita sampai ke mana-mana destinasi dengan selamat.
4. Bagi mereka yang tidak bercouple jangan keluh-kesah melihat
Orang lain sudah bercouple kerana biarpun majoriti telah buat
perkara itu tetapi tidak bererti perkara itu baik.
“ Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk perempuan yang baik “ (An-Nur 24:26)
5. Yang sudah terlanjur bercouple?? Nak diputuskan??..Nanti ada
Yang merana Jika ingin teruskan??
ü Bercouple tidak salah tetapi ikutlah peraturannya. Yakinlah dengan janji Allah melalui lidah kekasih-Nya Nabi Muhamad.
“ Jika seorang hamba Allah menahan keingiannya dari sesuatu yang haram (Kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya mengikut jalan yang halal.” (Hadis)
6. Yang penting tanyalah hati kita, untuk apa kita bercouple??
ü Berkahwin??
ü Suka-suka?? X (Syaitan jadi orang ke-3)
7. Jika benar-benar sayangkan pasangan anda, hormatilah dia,
Peliharalah dia & perlakukanlah sewajarnya seperti orang yang
Anda sayangi. Jangan hancurkan hidup pasangan anda kerana keseronokan yang sementara. Jika sayangkan permata, tempatlah
Ia dalam bekas selamat, dilindungi & dijaga.
8. Jangan sesekali didedahkan, disepah-sepahkan. Jangan
Manisnya dikecap, sepahnya dibuang.
TEPUK DADA TANYALAH IMAN!!
Dah berjaya dpt lesen kereta!!!Alhamdulillah...tapi..
Semalam...ana terjaga dari tidur 2,3 kali..yela x sedap perut hari ni test..tapi ana munajatkan kepada Allah agar mempermudahkan ujian kepada hambanya yg lemah ini.Pagi tadi lepas solat subuh ana bacala yassin sbb fadilatnya bila kita baca yassin waktu pagi insyaallah hajat kita pada hari itu akan tercapai.
Ana sarapanla dulu..pastu minta berkat dari parents then jam 7.15am ana bertolakla dgmn motor kesayangan.Jam 9am bermula ujian.Ujian bahagian 2,alhamdulillah naik bukit,parking,ujian 3 penjuru x ada masalah.
Ujian bahagian 3 ialah ujian jalan raya..ha!!ni yg ada masalah..kenapa??Ana dapt tester lelaki,pegawai pulak tu!!!Ana kena laluan B yg mana x adala sukar sangat tapi nak tau...sebenarnya ana dah kandas kerana ada satu jalan tu yg mana ana beranggapan nak elak lubang..ana terus elak tanpa beri isyarat...laju pulak tu..masuk pulak lorong orang!!
Apa lagi..pegawai tu suruh parking kereta tepi dan bermulalah cermah ringkasnya...nak ikut kat hatinya..mmg ana dah kandas tapi Allah taala dah lembutkan hatinya..ana dapat teruskan ujian.ALHAMDULILLAH!!
Bila sampai kat BITARA..fuh lega rasanya,,,ujian dah selesai!!Ana dapat tahu dr cikgu ana yg dia dpt tengok beberapa org calon yg baru bwk kerta kuar dah kena pusing balik..ada yg tester sendiri pandu pulang..maknanya kandasla tu.
Alhamdulillah..sekali lagi ana nak pesanla kat kwn2 yg nak ambik lesen..xkira motor ke,kereta ke,kapal terbang ke..pandu cermat jiwa selamat ingatlah org tersayang & ingatlah jika kita kandas duit kita akan melayang,masa kita kan terbuang.Buatlah yg terbaik.
Itulah sedikit cebisan suka duka hari ni.Ha,x lupa buat ayahanda bonda yg mengeluarkan belanja..Paksu yg mengajar sy..& bestfriend(eishah) yg bagi support.:-) Syukran jazilan!!
Tuesday, May 29, 2007
Menghitung hari...
Sunday, May 27, 2007
Gambar2 kenangan di Tingkatan 3 2004
Ana memegang jawatan pengawas pusat sumber(unit multimedia)sejak di tingkatan2,tingkatan3 dan tingkatan4 sebagai otainya...tapi tingkatan 5 dah jadi pengawas sekolah.
Aksi para pahlawan taekwondo SMAASZA...ana berada di tengah2..skrg ni ana pegang talipinggang merah...budak2 ni pun dah naik tatalipinggang semua...
All the English Language Society committes member are captured a memorable picture with the principal and teacher advisers. I sat at the left...
Kelas tingkatan 3A1 yg diterajui oleh Cikgu Sakinah Bt Ibrahim...ana berada di bahagian hadapan kanan sekali...

