Wednesday, May 2, 2012

Tidak Cukup Hafal Sirah !


Di dalam program kepimpinan pelajar Islam yang pernah saya kendalikan, ada beberapa slot yang dirangka oleh penganjur untuk membentuk karakter peserta secara berkumpulan. Modus operandi slot ini ialah, peserta dikehendaki menjawab satu set soalan yang dipecahkan kepada set maklumat peribadi, akidah, ibadah, sirah, dan isu semasa. Perkara yang menarik perhatian saya ialah pada bahagian sirah ataupun sejarah Islam yang memerlukan peserta menulis secara ringkas sirah setiap tajuk seperti peristiwa Perang Badar dan hikmahnya.  

Thursday, April 12, 2012

Memberi Nilai Tambah Dalam Kehidupan

Apabila menyebut mengenai nilai tambah dalamn kehidupan, bukan bermaksud saya merujuk kepada tambah-nilai kepada telefon bimbit yang kita pakai atau sebarang produk komunikasi yang kita gunakan seharian. Saya cetusklan mengenai idea nilai-tambah ini sewaktu saya selesai membuat muhasabah perjalanan saya ke hadapan. Memakakan sebuah kehidupan untuk ilahi bermakna kita sedar hidup kita mesti memberi 'nilai-tambah' kepada orang lain.




Sekadar gambar hiasan



Tiada apa yang dapat diberi jika kita tidak menerima

Saya teringat dengan sebuah hadith Nabi S.A.W :

"Sebaik-baik di kalangan manusia ialah yang memberi MANFAAT kepada manusia yang lain"

Satu kaedah fiqh yang ingin saya kongsikan ialah ;

Faqidu Syai; La Yu'tih (Tidak ada sesuatu maka tidak boleh memberi)

Saya baru selesai membaca beberapa artikel di dalam beberapa buah blog dan forum yang membicarakan mengenai arahtuju selepas bergraduasi, samada ingin melanjutkan pelajaran peringkat Master atau bekerja. Pelbagai konotasi positif dan negatif terhadap dua aspek ini, pelbagai versi jawapan juga yang dapat dilihat.

Saya terlintas untuk menulis beberapa perkara mengenai perkara ini terutama apa yang ingin saya sebutkan 'Memberi makna dalam kehidupan.' Sukar untuk memberi jawapan yang tepat apabila saya juga ditanya soalan yang sama mengenai arahtuju selepas bergraduasi, walaupun saya hanya akan mula berpraktikal awal bulan Julai - November akan datang. Bagi saya, mula berfikir dan merancang lebih awal ialah idea yang terbaik untuk MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA DIRI SENDIRI.

Nilai Tambah Diri Sendiri

Analogi yang ingin saya berika ialah ;

'Apakah yang menarik perhatian seorang peminat gajet elektronik apabila ia mahu membuat keputusan mahu membeli atau tidak mahu membeli gajet tersebut?'

Saya pasti para pembaca artikel ini akan setuju, antara faktor utama ialah apakah fungsi atau nilai tambah yang akan diperolehi setelah membelinya? Begitulah manusia, mahu dipandang di mata manusia, tonjolkan apa kelebihan yang kita ada dan apa sumbangan yang boleh kita berikan. Semua ini memerlukan frasa kata ajaib iaitu KEMAHIRAN. Tanpa ada minat untuk membina kemahiran, tidak ada tambah-nilai yang kita bina untuk diri kita.

Setiap kali musim graduasi tiba, lambakan ribuan graduan yang dilahirkan oleh sesebuah universiti. Kini institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang tumbuh bak cendawan memaksa para graduan bersaing sesama mereka untuk menonjolkan diri siapa yang terbaik di antara mereka di mata para majikan yang 'liar' mencari graduan muda yang keluar daripada sesebuah universiti.

Nilai tambah seorang Hamba kepada Tuhannya

Manusia dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Manusia hidup di dalam beberapa fasa alam seperti gambarajah berikut ;

Klik untuk besarkan imej

Allah menghantar Malaikat Raqib dan Atid untuk mencatat amal kebaikan dan amal kejahatan yang kita lakukan sepanjang kheiudpan kita di dunia ini. Kemudian, segala kitab amal kita akan dibentangkan di mahsyar kelak di neraca mizan sebagai hitungan amal yang menentukan adakah beratnya amal kebajikan kita atau beratnya amal kejahatan kita yang melayakkan untuk berada di dalam syurga atau neraka.

Allah memberi kita banyak pilihan di dalam menambah nilai pahala kebajikan kita, antaranya melalui ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadaj khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji ialah perkara yang wajib dan sudah diketahui difahami muslim namun ibadah umum selalu dipandang kecil. Seorang muslim perlu memandang bagaiman ibadah umum yang dilakukan seharian sebenarnya 80% lebih banyak di dalam kehidupan seharian berbanding 20% ibadah khusus yang kita lakukan. Contoh ibadah umum ialah bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh integriti, belajar kerana Alalh mencapai kecemrlangan, bergaul dengan keluarga dengan cara yang baik, sahabat handai dan masyarakat. Inilah tambah-nilai yang sangat berharga yang memberatkan amalan kita di neraca mizan sekaligus melayakkan kita mengecapi syurga yang kekal abadi.

Konklusinya ialah cara pandang kita mengenai bagaimana kita mahu meletakkan aspek nilai tambah di dalam kehidupan kita akan melayakkan kita menjadi insan yang terbaik di sisi Allah dan insan yang cemerlang di dalam masyarakat. Insya-Allah.


kredit : saifulislam.com



















Saturday, April 7, 2012

Sunnatullah psikologi kanak-kanak dan remaja


Saya sudah berkecimpung dalam dunia latihan dan motivasi sejak daripada sekolah menengah sehingga menjejak dunia menara gading. Saya suka memerhatikan perilaku para jurulatih atau dipanggi trainer di dalam sesuatu program latihan dan motivasi mengendalikan peserta mereka. Trainer akan mengendalikan silibus latihan dan motivasi konsultan masing-masing berdasarkan kesesuaian pemikiran dan umur audien mereka.

Seperti mafhum hadith nabi S.A.W :

خاطب الناس على عقولهم

'Berkata-katalah kepada manusia mengikut aras pemikiran dan kefahaman mereka'

Sekolah Kehidupan

Berada di dunia kampus sangat menyeronokkan bagi saya kerana dunia menara gading bukan sahaja melambakkan kita dengan ilmu di di dalam bilik kuliah tetapi bagi saya, guru 'kehidupan' memberi pengajaran yang lebih bermakna berbanding teoretikal di dalam bilik kuliah. Di kala cuti panjang semester tahun 2011, saya mengambil kesempatan bekerja part-time sebagai guru kafa dan pentadbir. Sangat melucukan apabila mengenang kembali kisah ini.

Saya sangat berterima kasih kepada adik-adik di KAFA TAHFIZ MINDA CERAH kerana menjadi 'guru kehidupan' saya.



Saya mengakui hari pertama saya masuk ke bilik darjah mengajar mereka, emosional sangat menguasai diri mengakibatkan saya tidak dapat mengawal suasana bilik darjah pada hari berkenaan. Walaupun di dalam bidang latihan dan motivasi, saya boleh mengawal peserta yang berada di dalam lingkungan umur yang sama, namun bagi saya saya kurang menguasai ilmu sunnatullah Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.

Bidang saya di universiti ialah mengenai matematik untuk industri insurans dan perbankan namun setelah menghadiri banyak program motivasi kekeluargaan dan remaja, saya mengakui untuk mendalami ilmu luar bidang yang kita belajar iaitu saya namakan ia sebagai ilmu alat untuk kehidupan. Maka saya mengambil insiatif untuk meminjam dan berdiskusi dengan rakan sebaya dan orang yang lebih tua mengenai psikologi kanak-kanak dan remaja juga kekeluargaan.

Saya juga suka meminjam buku-buku berkenaan psikologi dan self-help daripada perpustakaan, memandangkan kebanyakan buku genre ini banyak di pasaran tapi mahal harganya maka saya lebih suka bahan bacaan yang 'percuma' daripada perpustakaan.

Alhamdulilah, berdikit-dikit memahami ilmu psikologi kanak-kanak dan remaja, suasana setiap program latihan dan motivasi dan pendidikan di dalam kelas yang saya kendalikan, para peserta dan murid yang saya kendalikan bertambah baik.

Berikut ialah antara video program kepimpinan pelajar sekolah yang telah saya kendalikan.



Santunilah kanak-kanak dan remaja kerana mereka akan menjadi guru kehidupan kita yang bermakna untuk kita.

Monday, March 26, 2012

MakNA Hidup Sebagai Seorang Muslim

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Muslim 2012 yang dianjurkan oleh Sinergi Training & Consultancy (STC) kendalian Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Banyak input yang menajamkan kefahaman saya memahami isi kandungan Kitab Maza Yakni Intimail Islam (Apa Ertinya Saya menganut Islam?) karangan almarhum Syeikh Fathi Yakan.

Di dalam Seminar Muslim 2012, kupasan demi kupasan oleh penceramah menerangkan secara interaktif isi kandungan bahagian pertama dan bahagian kedua kitab ini. Kitab ini saya telah biasa menggunakannya sebagai silibus usrah sejak di bangku sekolah menengah sehinggalah ke kampus namun pembaacan peribadi hanya terhad kepada limitasi kefahaman membelek helaian demi helaian.

Setelah pulang dari Seminar Muslim 2012 ini, saya dengan beberapa orang rakan telah bersepakat untuk berkongsi kefahaman daripada initipati seminar ini dengan membangunkan modul interaktif berteraskan buku kerja (workbook) Seminar Muslim 2012 yang lalu. Berbantukan buku rujukan 'Buku Pembinaan Modul' (salah satu rujukan sahaja) dan buku tulis yang khusus, idean yang mencurah datang dari semasa ke semasa dicatat demi memastikan idea untuk merealisasikan perkongsian pintar daripada Seminar Muslim 2012 ini dapat disebarluas kepada masyarakat.

Semoga usaha ini diberkati oleh Allah S.W.T. Insya-Allah.

Monday, January 30, 2012

Ibrah Surah Al-Kahfi [Siri 1]

Fail Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi

Alhamdulilah, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi kendalian penceramah motivasi terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang dikenali melalui blognya di Saifulislam.com.

Ustaz Hasrizal memberikan pesanan perkataan 'Ibrah' yang bermaksud 'pengajaran' hanya akan memberi 'pengajaran' kepada individu apabila kita dapat mengaitkan nilai-nilai murni daripada cerita di dalam Al-quran (sebagai contoh peristiwa Ashabul Kahfi di dalam Surah Al-Kahfi) ke dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita mampu membuat perkaitan dan menerapkan nilai murni tersebut maka kita mendapat IBRAH daripada kisah berkenaan.

Segala Puji bagi Allah, empat kisah utama di dalam Surah Al-Kahfi iaitu mengenai :

1-Kisah Pemuda Ashabul Kahfi
2-Kisah Pemilik dua kebun
3-Kisah Nabi Musa dan Khidir
4-Kisah Dzulkarnain

Kisah-kisah di atas sangat banyak cerita yang tersirat daripada yang tersurat yang ingin saya tuliskan dari semasa ke semasa. Cabaran yang paling besar ialah untuk terus istiqamah dalam menulis dan mengekalkan momentum kefahaman surah ini, jadi sekali lagi catitan yang dapat dikongsikan bersama ialah :

1-Apabila sudah berakhir program maka letakkan fail program di tempat yang mudah dicapai untuk dibelek-belek semula.

2-Buka kepada perbincangan (secara formal / tidak formal)

3-Menulis (Ini yang saya sedang amalkan)

4-Secara sedar (conscious), lihat kepada perlakuan di dalam kehidupan seharian kita yang memerlukan kita membuat keputusan/pilihan, lihat bagaimana kita membuat pertimbangan. Pilihan yang kita buat menggambarkan cara pandang kita selepas selesai program.

5-Ambil panduan daripada surah Hud :
- Membuat perubahan secara sedikit demi sedikit secara tidak melampau-lampau
- Jangan cenderung kepada orang yang zalim / ahli maksiat supaya kita tidak lemah
semangat.
- Pelihara solat
- Bersabar

6-Anggapkan 'naik turun' semangat selepas program ialah perkara biasa di dalam kehidupan.

Semoga sedikit catitan ini ialah pencetus untuk saya terus menulis untuk siri-siri berikutnya. I.allah. Wallahu'alam.

Menulis sebagai rasa cinta dan dakwah untuk Islam.








Friday, December 23, 2011

Saluran daingfadzil89 di Youtube

Segala Puji Bagi Allah, saya berjaya memwujudkan satu lagi ruang interaksi dan dakwah di saluran Youtube. Dengan menaip http://www.youtube.com/user/daingfadzil89 , kita boleh melihat beberapa slide yang telah saya tukarkan kepada video ringkas untuk perkongsian ilmu.

Slide ini merupakan usaha kecil saya untuk mengongsikan idea dan pengalaman melalui titipan di slide powerpoint dan youtube. Ada beberapa video yang diupload, telah ditulis dalam bentuk artikel di blog ini.

Moga memperoleh sedikit manfaat.

Monday, December 12, 2011

Catatan Perjalanan "pembelajaran" di School of Life (SoUL)

School of Life (SOuL) atau dalam bahasa Arab Madrasat-ul-Hayaah (MH) ialah satu program yang sudah bermula pada 2004 di Johor. Ia dilaksanakan dengan kelolaan Tuan Fazrul Ismail dan kemudian diteruskan oleh beberapa pihak lain dengan sedikit pertukaran kepada nama dan konsep - tetapi masih berasaskan nama Madrasat-ul-Hayaah.

Konsep program ini berfokuskan kepada ilmu dan aplikasi dalam kehidupan seharian. Bagi SOuL 2011, kali ini ia berfokuskan kepada pembinaan kejayaan atau legasi masing-masing di kalangan peserta.

Kali ini, 2 orang instruktor utama akan dihadirkan untuk membantu peserta mendapat latihan dan coaching:

  1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
  2. Tuan Fazrul Ismail

TEMPOH PROGRAM

2 bulan (3 Disember 2011 - 3 Feb 2011)

Saya sedang mengikuti program ini dan segala catatan perjalanan saya di dalam program ini boleh dilihat melalui pautan di bawah. Semoga bermanfaat. Kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya.