Monday, November 25, 2013

Plan Pemasaran - Tinjauan menyeluruh sebelum spesifik

Selama hampir 8 bulan dalam jabatan pemasaran di sebuah institut pendidikan tinggi kemahiran (IPTK), banyak perkara mengenai teknik pemasaran dapat saya pelajari secara hands-on (sebenar). Kombinasi antara pengetahuan yang pernah dipelajari mengenai Business Model Canvas (BMC) yang pernah saya tulis di Blok-blok dalam model bisnes dan pengalaman di tempat kerja saya ringkaskan dalam artikel ini.

Berikut ialah pemerhatian terhadap kombinasi blok-blok dalam model bisnes terhadap IPTK yang dicerap.
BMC merupakan antara 'model semak dan imbang (check& balance)' yang baik untuk menyemak plan perniagaan kita.


Ini pula Pelan Pemasaran secara bertempoh (E.g : dua bulan sekali) secara spesifik kita lakarkan secara SMART (Spesifik,Boleh ukur,Boleh Capai, Realistik,dan Bertempoh)  penjanaan kepada Revenue Stream yang ingin kita cipta.


Pelan pemasaran bertempoh yang kita hasilkan perlu ada laporan aktiviti dan perbelanjaan di akhir tempoh akhir pelaksanaan bagi mengukut tahap keberkesanan dan satu penilaian semula (penambahbaikan dan pengukuhan) terhadap pelan pemasaran lampau dilakukan.

Friday, November 15, 2013

Tips Bijak Kewangan Untuk Graduan Baru

Idea untuk menulis artikel ini hadir setelah melihat posting status seorang rakan Facebook yang akan menamatkan pengajian universiti tidak lama lagi, antara perkara yang seorang graduan baru perlu dan mesti tahu ialah perihal menguruskan kewangan apabila mula bekerjaya.

Baiklah, ketika artikel ini ditulis, saya mengambil pengalaman saya yang hampir setahun bekerja dalam sektor swasta. Syukur kepada Allah, sebaik sahaja saya tamat pengajian saya terus mendapat peluang pekerjaan, walaupun bukan dalam bidang yang sama saya belajar namun seorang graduan baru perlu ingat, jika anda terlalu memilih pekerjaan di peringkat awal, tangga kerjaya anda akan mula lambat.

Mungkin satu artikel mengenai bagaimana mahu memulakan tangga kerjaya boleh dihasilkan. Nantikan !

Baiklah, perkara paling penting dalam menguruskan kewangan untuk seorang graduan baru (malahan pekerja yang sudah lama) ialah MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI (CASH FLOW)